skip to main |
skip to sidebar
Seperti yang sedia maklum, filem terbaru Fullmetal Alchemist, Fullmetal Alchemist: the Sacred Stars of Milos akan menggunakan lagu terbaru L'Arc~en~Ciel sebagi lagu tema. Namun masih tiada maklumat lengkap buat masa kini.
Dalam perkembangan yang lain pula, laman web rasmi L'Arc~en~Ciel hari ini telah mengumumkan bahawa kesemua hasil keuntungan konsert ulang tahun ke-20 L'Arc~en~Ciel, 20th L’Anniversary Live akan didermakan kepada mangsa gempa bumi di Jepun. Konsert tersebut bakal diadakan di Stadium Ajinomoto Tokyo pada 28 dan 29 Mei ini.
Di atas adalah trailer Paradise Kiss yang memperdengarkan kedua-dua buah lagu tema filem tersebut. Lagu temanya, HELLO ~Paradise Kiss~ dan YOU merupakan lagu terbaru daripada YUI.
Kredit kepada: LedBootsJB
Telah didedahkan bahawa band rock L'Arc~en~Ciel akan menyanyikan lagu tema bagi filem terbaru Fullmetal Alchemist tahun ini. Sebelum ini juga beberapa lagu mereka turut digunakan di dalam siri dan filem anime tersebut seperti Ready Steady Go, Link dan Lost Heaven. Masih tiada maklumat lanjut mengenai lagu tersebut setakat ini.
Filem tersebut, Fullmetal Alchemist: the Sacred Stars of Milos akan mula mengegarkan panggung pada 2 Julai ini. Untuk maklumat lanjut, layari hagaren-movie.net.
Trailer:
Sumber: Tokyohive

Disebabkan kejadian gempa bumi di Jepun lalu, pihak Sony Music Entertainment terpaksa menunda tarikh pengeluaran single, album dan DVD yang bakal dikeluarkan selepas 11 Mac. Oleh itu, beberapa hari yang lepas pihak Sony Music telah mengumumkan tarikh-tarikh baru pengeluaran single, album dan DVD bagi bulan Mac yang tertangguh akibat bencana alam tersebut.Tidak terkecuali DVD kompilasi terbaru L'Arc~en~Ciel sempena ulang tahun ke-20 mereka, FIVE LIVE ARCHIVES 2. DVD ini pada asalnya akan berada di pasaran pada 30 Mac ini namun akibat bencana gempa bumi tersebut, Sony Music terpaksa menunda tarikh pengeluaran DVD ini ke tarikh baru iaitu pada 6 April 2011.Sumber: Natalie
Kesengsaraan sebilangan penduduk akibat gempa bumi dan tsunami di lautan pasifik, Jepun telah menyebabkan Yoshiki terpanggil untuk membantu menghulurkan bantuan melalui yasasan beliau, Yoshiki Foundation America.
Layari www.yoshikifoundation.org.
Ketua kumpulan X Japan, Yoshiki telah mengumumkan bahawa beliau akan melelong 'piano kristal' kesayangannya. Wang hasil lelongan tersebut akan digunakan dalam usaha membantu mangsa bencana alam di Jepun.
Yoshiki yang kini masih berada di Jepun selepas mengadakan pertunjukkan fesyen dan sedang merakamkan lagu dapat merasai gegaran kuat akibat gempa bumi jumaat lalu. Selepas beliau menonton laporan berita, beliau terperanjat dengan kemusnahan berskala besar di kawasan yang terbabit dengan tsunami, maka beliau memutuskan untuk melakukan sesuatu.
Di piano kristal tersebut terdapat ukiran logo nama 'YOSHIKI' dan menurut orang-orang yang sudah lama bersama beliau, piano tersebut merupakan 'sebuah barangan yang tidak ternilai harganya'. Piano tersebut merupakan teman beliau yang selalu bersamanya ketika mengadakan konsert-konsert di seluruh dunia. Maklumat mengenai lelongan tersebut akan diberitahu kemudian.
Selain itu, Yoshiki juga turut menyatakan niat untuk mengutip derma bantuan bencana alam di Jepun melalui yayasan beliau iaitu Yoshiki Foundation America.
Sumber: Tokyohive
Tambahan:
Disebabkan bencana gempa bumi di Jepun, X Japan telah menyatakan penangguhan pengeluaran single pertama mereka bagi pasaran muzik Amerika Syarikat, Jade.
ASIA GIRLS EXPLOSION telah dilangsungkan pada 6 Mac lepas bertempat di Yoyogi National Gymnasium, Tokyo. Seperti yang sedia maklum, pertunjukan tersebut dikelolakan oleh Yoshiki bersama-sama produser Tokyo Girls Collection, Jay f.R.
Bintang rock Amerika, Marilyn Manson serta peragawan Tominaga Ai telah menyertai pertunjukan tersebut sebagai model. Dilaporkan juga, pelakon siri TV 90210, Shenae Grimes turut menghadiri pertunjukan tersebut. Semasa peragaan berlangsung, iringan piano Yoshiki menjadi muzik latar tatkala model-model peragaan berjalan, mengabungan persembahan muzik secara langsung dan fesyen di atas pentas yang sama.
Disamping itu, X Japan juga mempersembahkan beberapa lagu termasuk lagu terbaru mereka Scarlet Love Song yang memperlihatkan alunan piano Yosihiki bersama Toshi.
Pada masa yang sama juga, projek kumpulan Yoshiki, Violet UK turut terlibat di dalam acara ini. Mereka telah menyampaikan beberapa lagu seperti ROSA dan Blue Butterfly. Ini merupakan persembahan pertama Violet UK di Jepun.Sumber/Gambar:
Tokyohive
Untuk melihat gambar-gambar di sekitar pertunjukan tersebut sila layari: http://www.flickr.com/photos/taromatsumura/tags/20110306age/show/
YUI telah dipertanggungjawabkan untuk menulis lagu tema bagi filem Paradise Kiss yang di bintangi oleh Kitakawa Keiko dan Mukai Osamu.
Dua lagu tersebut berjudul 「HELLO~Paradise Kiss~」 sebagai lagu pembukaan dan 「YOU」 sebagai lagu penutup.
YUI juga merupakan salah seorang peminat kepada manga-ka Ai Yazawa iaitu pelukis komik bagi Paradise Kiss dan NANA. Beliau turut memberi komen, "Melodinya datang ke minda saya dengan begitu mudah. Ia merupakan lagu yang penuh dengan harapan".
Buat masa ini, masih tiada maklumat lengkap mengenai lagu terbaru YUI ini. Apa yang pasti kedua-dua lagu ini merupakan lagu ke-5 dan ke-6 ditulis oleh YUI yang akan digunakan sebagai lagu tema filem.
Lagu ini dijangka akan keluar di pasaran pada 1 Jun ini manakala filem Paradise Kiss pula bakal ditayangkan di pawagam pada 4 Jun nanti.
Sumber: YUI-LoverTrailer: