Konsert hari pertama X Japan dalam siri World Tour di Yokohama
telah pun diadakan semalam. Konsert tersebut telah dilangsungkan
di Nissan Stadium, Yokohama, Jepun.
Menurut Yoshiki di Twitter rasminya, beliau mengatakan bahawa lebih
kurang 65 000 orang telah membanjiri stadium
untuk menyaksikan konsert tersebut semalam.
Konsert ini juga telah dimeriahkan oleh tetamu undangan
yang turut dijemput hadir untuk membuat persembahan bersama
iaitu Taiji, bekas bassis X Japan dari tahun 1986 sehingga 1992.
Kebanyakan yang hadir menonton adalah dari kalangan
peminat X Japan sendiri di Jepun dan juga Amerika Syarikat.
Berikut adalah beberapa gambar live X Japan di Yokohama semalam
sempena konsert jelajah dunianya:

No comments:
Post a Comment