Selepas Wiltern Theater di Los Angeles, kini X Japan di Oakland pula dalam siri jelajah terbaru mereka, X Japan North American Tour 2010. Mereka telah berjaya menggegarkan The Theater Fox kemarin sama seperti di Wiltern Theater pada 25 September yang lepas.
Akhirnya semua spekulasi mengenai tarikh single terbaru YUI - Rain keluar di pasaran terjawab. Single YUI ke-17 ini akan keluar di pasaran muzik Jepun pada tanggal 24 November 2010! Ini bermakna ada lebih kurang dua bulan dari sekarang sebelum single ini akan dipasarkan dan YUI ketika itu baru sahaja selesai bagi promosi album keempatnya, Holidays in the Sun iaitu YUI 4th Tour 2010 ~HOTEL HOLIDAYS IN THE SUN~. Single ini sudah boleh dipre-order di CDJapan sekarang!
Walaupun ia sekadar khabar angin sebelum ini, namun kini ia sudah disahkan melalui Mezamashi TV. Lagu terbaru YUI yang berjudul Rain akan digunakan sebagai lagu tema drama Perfect Report. Ini menjadikan lagu Rain sebagai lagu ke-4 YUI yang digunakan di dalam drama. Drama terbaru FujiTV ini akan disiarkan pada slot hari Ahad jam 9 malam bermula Oktober ini dan menjadi drama pertama yang akan disiarkan di slot itu sejak tahun 1979.
Mengikut daripada post terbaru blog produser YUI, Hisashi Kondo, mereka kini sedang menjalankan pengambaran bagi klip video muzik lagu terbaru YUI - Rain. Terdapat gambar di mana Arisa (pemain keyboard e.u. Band) dalam keadaan basah dan gambar di set pengambaran. Ini membuktikan bahawa klip video muzik lagu terbaru YUI itu akan bertemakan hujan.
Laman web YUI-net semalam telah pun mendedahkan single terbaru YUI di beri tajuk 『Rain』! Menurutnya, proses rakaman single tersebut baru sahaja berakhir walaupun YUI kini masih dalam siri jelajah Jepun untuk promosi album terbarunya, Holidays in the Sun. Single terbaru YUI ini dijangka akan keluar di pasaran hujung tahun ini.
Daripada INFO Tab di YUI-net:
新曲『Rain』完成!! (2010.9.25) The new song 『Rain』 has been completed!! (2010.9.25)
現在、「YUI 4th Tour 2010 ~HOTEL HOLIDAYS IN THE SUN~」中のYUIですが、新曲が完成しました!! Although currently YUI is in the middle of 「YUI 4th Tour 2010 ~HOTEL HOLIDAYS IN THE SUN~」, the new song has been completed!
『Rain』というタイトルになります。 It has been given the title 『Rain』
詳細は、決定次第、お伝えさせていただきます。 The further information will be announced later
Izzu ~The Coolest Kaki Download~ merupakan seorang insan yang sangat menyukai pemainan Pro Evolution Soccer 2011 (PES 2011), lebih-lebih lagi bahagian Become a Legend. Beliau juga sangat meminat penyanyi & penulis lirik, YUI; band rock tersohor, L'Arc~en~ciel dan terbaru sekali si tampan Yoshiki & band lagendanya X Japan...