
Walaupun ia sekadar khabar angin sebelum ini, namun kini ia sudah disahkan melalui Mezamashi TV. Lagu terbaru YUI yang berjudul Rain akan digunakan sebagai lagu tema drama Perfect Report. Ini menjadikan lagu Rain sebagai lagu ke-4 YUI yang digunakan di dalam drama. Drama terbaru FujiTV ini akan disiarkan pada slot hari Ahad jam 9 malam bermula Oktober ini dan menjadi drama pertama yang akan disiarkan di slot itu sejak tahun 1979.
Sumber: YUI-Lover
Tambahan:
Mengikut daripada post terbaru blog produser YUI, Hisashi Kondo, mereka kini sedang menjalankan pengambaran bagi klip video muzik lagu terbaru YUI - Rain. Terdapat gambar di mana Arisa (pemain keyboard e.u. Band) dalam keadaan basah dan gambar di set pengambaran. Ini membuktikan bahawa klip video muzik lagu terbaru YUI itu akan bertemakan hujan.


Sumber: Hisashi Kondo Dokutsubo
No comments:
Post a Comment