Sunday 29 May 2011

Barisan Artis Bagi Music Station 3 Jun Didedahkan!



Program muzik popular TV Asahi, Music Station telah mengumumkan barisan 4 artis yang bakal membuat persembahan pada 3 Jun akan datang.

1. Special Medley - Shoujo Jidai

2. OVER – Hey! Say! JUMP

3. Anata ga Waraeba – Mizuki Alisa

4. HELLO ~Paradise Kiss~ – YUI

Sumber: TV Asahi/Music Station

Saturday 21 May 2011

L'Arc~en~Ciel - GOOD LUCK MY WAY PV!


Untuk qualiti video yang lebih baik HQ/HD sila tonton di Facebook

Tracklist dan Jaket CD Single Terbaru L'Arc~en~Ciel - GOOD LUCK MY WAY!

Single terbaru L’Arc~en~Ciel - GOOD LUCK MY WAY akan keluar di pasaran dalam tiga versi berbeza, Regular Edition, Limited Edition dan Fullmetal Alchemist Edition.



Regular Edition
1. GOOD LUCK MY WAY - L’Arc~en~Ciel
2. metropolis ~2011~ - P’UNK~EN~CIEL
3. GOOD LUCK MY WAY (hydeless version) - L’Arc~en~Ciel
4. metropolis ~2011~ (T.E.Z P’UNKless version) - P’UNK~EN~CIEL

*Keluaran terawal mengandungi pelekat waku-waku L'Arc~en~Ciel (1 daripada 8), gambar berlabel dan jaket edisi terhad.



Limited Edition
1. GOOD LUCK MY WAY - L’Arc~en~Ciel
2. metropolis ~2011~ - P’UNK~EN~CIEL
3. GOOD LUCK MY WAY (hydeless version) - L’Arc~en~Ciel
4. metropolis ~2011~ (T.E.Z P’UNKless version) - P’UNK~EN~CIEL

[DVD]
1. GOOD LUCK MY WAY (Video Muzik)

*Mengandungi pelekat waku-waku L'Arc~en~Ciel (1 daripada 8), 2 keping gambar berlabel dan jaket edisi terhad.



Fullmetal Alchemist Edition
1. GOOD LUCK MY WAY - L’Arc~en~Ciel
2. GOOD LUCK MY WAY (hydeless version) - L’Arc~en~Ciel
#Track Bonus:
3. READY STEADY GO - L’Arc~en~Ciel
4. Link - L’Arc~en~Ciel
5. LOST HEAVEN - L’Arc~en~Ciel

[DVD]
1. GOOD LUCK MY WAY (Video Muzik) ~Fullmetal Alchemist Version~
2. Fullmetal Alchemist: the Sacred Stars of Milos ~Trailer, Promo TV dan lain-lain~

*Mengandungi jaket ilustrasi original Fullmetal Alchemist: the Sacred Stars of Milos, pelekat jaket ilustrasi Fullmetal Alchemist: the Sacred Stars of Milos, pelekat waku-waku L'Arc~en~Ciel (1 daripada 8) dan Digipak berilustrasi.

Sumber: L'Arc~en~Ciel Official Myspace

Wednesday 18 May 2011

YUI Bakal Membuat Persembahan Di JOIN ALIVE 2011!



Penyanyi dan penulis lirik, YUI, bakal membuat persembahan secara langsung di JOIN ALIVE 2011 yang akan diadakan di Iwamizawa Hokkaido pada 24 Julai ini. Nantikan persembahan beliau.

Untuk maklumat lanjut layari www.joinalive.jp.

Jemputan Ke Majlis Pelancaran YOSHIKI RADIO!



SiriusXM dengan kerjasama X Japan Blue Blood Fan Club akan memberi peluang kepada peminat X Japan untuk bersama-sama dengan Yoshiki meraikan pelancaran 'Yoshiki RADIO' di ibu pejabat SiriusXM, New York pada 23 Mei ini.

Sumber: xjapanmusic.com

Saturday 14 May 2011

L’Arc~en~Ciel - 20th L’Anniversary Live Secara Langsung Di 6 Buah Negara!




Konsert ulang tahun ke-20 L'Arc~en~Ciel, 20th L’Anniversary Live yang bakal diadakan pada 28 dan 29 Mei ini di Ajinamoto Stadium bakal disiarkan secara langsung di 40 buah pawangan seluruh Jepun. Selain itu, konsert tersebut juga bakal dipancarkan secara langsung di 6 buah pawagam terpilih seperti di Perancis, United Kingdom, Amerika Syarikat, Taiwan, Hong Kong, dan Korea.

Antara pawagam yang terpilih:

MEGA CGR. Torcy - Paris, Perancis
Apollo Picadilly Circus - London, United Kingdom
BIG 59 Manhattan - New York, Amerika Syarikat
Vie Show Hsin Yi - Taipei, Taiwan
MCL Cinema - Hong Kong
Cinus - Seoul, Korea

Sumber: www.liveviewing.jp


Tuesday 10 May 2011

L'Arc~en~Ciel - GOOD LUCK MY WAY Radio Rip!


Berikut adalah lagu terbaru daripada L'Arc~en~Ciel, GOOD LUCK MY WAYS yang menjadi lagu tema bagi filem anime Fullmetal Alchemist: the Sacred Stars of Milos.

Monday 9 May 2011

Single Terbaru L'Arc~en~Ciel - GOOD LUCK MY WAY & 20th L'Anniversary Live!



Setelah lama menunggu, akhirnya L'Arc~en~Ciel telah mengumumkan judul single terbaru mereka, GOOD LUCK MY WAY. Single istimewa sempena ulang tahun ke-20 mereka ini bakal keluar di pasaran pada 29 Jun nanti. Seperti yang sedia maklum, lagu tersebut merupakan lagu tema bagi filem anime Fullmetal Alchemist: the Sacred Stars of Milos.

Seperti yang dijadualkan, L'Arc~en~Ciel bakal membuat konsert khas sempena ulang tahun ke-20 mereka, 20th L'Anniversary Live di Ajinomoto Stadium pada 28 dan 29 Mei ini. Konsert istimewa dua hari ini akan mengimbau kembali lagu-lagu mereka sejak 20 tahun yang lalu. Pada hari pertama, mereka akan menyampaikan lagu-lagu dari album pertama mereka, DUNE sehingga album yang kelima, Heart. Manakala pada hari kedua pula, mereka akan menyampaikan lagu-lagu dari album ray dan ark sehingga lagu album terakhir mereka iaitu KISS.

Sumber Kedua: Tokyohive

Sunday 1 May 2011

X Japan European Tour 2011!



X Japan European Tour 2011 merupakan salah satu daripada siri jelajah dunia X Japan tahun ini, iaitu X JAPAN WORLD TOUR 2011. Jelajah Eropah X Japan 2011 bakal mengambil tempat di negara-negara seperti United Kingdom, Perancis, Jerman dan Belanda pada Jun dan Julai nanti.

Ini merupakan jelajah Eropah pertama bagi X Japan.

Sumber: XJAPANpodcast