Wednesday 30 March 2011

Preview Lagu Terbaru L'Arc~en~Ciel!



Seperti yang sedia maklum, filem terbaru Fullmetal Alchemist, Fullmetal Alchemist: the Sacred Stars of Milos akan menggunakan lagu terbaru L'Arc~en~Ciel sebagi lagu tema. Namun masih tiada maklumat lengkap buat masa kini.

Dalam perkembangan yang lain pula, laman web rasmi L'Arc~en~Ciel hari ini telah mengumumkan bahawa kesemua hasil keuntungan konsert ulang tahun ke-20 L'Arc~en~Ciel, 20th L’Anniversary Live akan didermakan kepada mangsa gempa bumi di Jepun. Konsert tersebut bakal diadakan di Stadium Ajinomoto Tokyo pada 28 dan 29 Mei ini.

Monday 28 March 2011

YUI - HELLO ~Paradise Kiss~ + YOU Preview



Di atas adalah trailer Paradise Kiss yang memperdengarkan kedua-dua buah lagu tema filem tersebut. Lagu temanya, HELLO ~Paradise Kiss~ dan YOU merupakan lagu terbaru daripada YUI.

Kredit kepada: LedBootsJB

Sunday 27 March 2011

L'Arc~en~Ciel Akan Menyanyikan Lagu Tema Bagi Filem Terbaru Fullmetal Alchemist!



Telah didedahkan bahawa band rock L'Arc~en~Ciel akan menyanyikan lagu tema bagi filem terbaru Fullmetal Alchemist tahun ini. Sebelum ini juga beberapa lagu mereka turut digunakan di dalam siri dan filem anime tersebut seperti Ready Steady Go, Link dan Lost Heaven. Masih tiada maklumat lanjut mengenai lagu tersebut setakat ini.

Filem tersebut, Fullmetal Alchemist: the Sacred Stars of Milos akan mula mengegarkan panggung pada 2 Julai ini. Untuk maklumat lanjut, layari hagaren-movie.net.

Trailer:



Sumber: Tokyohive

Friday 25 March 2011

Tarikh Baru Pengeluaran FIVE LIVE ARCHIVES 2 Di Pasaran!



Disebabkan kejadian gempa bumi di Jepun lalu, pihak Sony Music Entertainment terpaksa menunda tarikh pengeluaran single, album dan DVD yang bakal dikeluarkan selepas 11 Mac. Oleh itu, beberapa hari yang lepas pihak Sony Music telah mengumumkan tarikh-tarikh baru pengeluaran single, album dan DVD bagi bulan Mac yang tertangguh akibat bencana alam tersebut.

Tidak terkecuali DVD kompilasi terbaru L'Arc~en~Ciel sempena ulang tahun ke-20 mereka, FIVE LIVE ARCHIVES 2. DVD ini pada asalnya akan berada di pasaran pada 30 Mac ini namun akibat bencana gempa bumi tersebut, Sony Music terpaksa menunda tarikh pengeluaran DVD ini ke tarikh baru iaitu pada 6 April 2011.

Sumber: Natalie

Sunday 20 March 2011

Mesej Daripada Yoshiki Foundation America!



Kesengsaraan sebilangan penduduk akibat gempa bumi dan tsunami di lautan pasifik, Jepun telah menyebabkan Yoshiki terpanggil untuk membantu menghulurkan bantuan melalui yasasan beliau, Yoshiki Foundation America.
Layari www.yoshikifoundation.org.

Monday 14 March 2011

Yoshiki Derma Piano Kesayangan Sebagai Bantuan Gempa Bumi Di Jepun!



Ketua kumpulan X Japan, Yoshiki telah mengumumkan bahawa beliau akan melelong 'piano kristal' kesayangannya. Wang hasil lelongan tersebut akan digunakan dalam usaha membantu mangsa bencana alam di Jepun.

Yoshiki yang kini masih berada di Jepun selepas mengadakan pertunjukkan fesyen dan sedang merakamkan lagu dapat merasai gegaran kuat akibat gempa bumi jumaat lalu. Selepas beliau menonton laporan berita, beliau terperanjat dengan kemusnahan berskala besar di kawasan yang terbabit dengan tsunami, maka beliau memutuskan untuk melakukan sesuatu.

Di piano kristal tersebut terdapat ukiran logo nama 'YOSHIKI' dan menurut orang-orang yang sudah lama bersama beliau, piano tersebut merupakan 'sebuah barangan yang tidak ternilai harganya'. Piano tersebut merupakan teman beliau yang selalu bersamanya ketika mengadakan konsert-konsert di seluruh dunia. Maklumat mengenai lelongan tersebut akan diberitahu kemudian.

Selain itu, Yoshiki juga turut menyatakan niat untuk mengutip derma bantuan bencana alam di Jepun melalui yayasan beliau iaitu Yoshiki Foundation America.

Sumber: Tokyohive

Tambahan:
Disebabkan bencana gempa bumi di Jepun, X Japan telah menyatakan penangguhan pengeluaran single pertama mereka bagi pasaran muzik Amerika Syarikat, Jade.

Jepun Dilanda Gempa Bumi & Tsunami!



Pada jumaat yang lepas, dunia telah dikejutkan oleh bencana gempa bumi di Jepun yang bermagnitud 8.9 pada skala richter. Bencana tersebut telah menyebabkan ombak tsunami membadai kawasan persisiran pantai timur laut negara matahari terbit itu. Bencana itu juga merupakan bencana alam terburuk yang pernah dialami oleh Jepun dalam masa 140 tahun! Sendai, Iwate dan Miyagi bagaikan padang jarak padang terkukur apabila air tsunami yang datang sejurus gempa membadai kawasan itu yang terletak berhampiran dengan pusat gempa. Dijangkakan seramai 10 000 telah terkorban disebabkan bencana tersebut dan angka itu dipercayai akan terus meningkat.

Disamping itu, krisis reaktor nuklear yang rosak akibat gempa bumi jumaat lalu menjadi isu utama di Jepun kini. Kegagalan sistem penyejuk menyejukkan reaktor yang terletak di Fukushima itu telah menyebabkan kebocoran serta siri letupan di reaktor-reaktor tersebut. Kawasan tersebut telah diisythiharkan darurat dan penduduk di sekitarnya telah di arahkan berpindah oleh kerajaan akibat pembebasan bahan radiasi yang berkemungkinan berlaku.

Oleh itu, kita sebagai komuniti sedunia marilah mendoakan kebangkitan semula Jepun daripada bencana ini.




Tambahan:
YUI, L'Arc~en~Ciel dan X Japan selamat. Layari lawan web rasmi mereka untuk mengetahui status atau informasi lanjut.

Tuesday 8 March 2011

Yoshiki, X Japan & Violet UK Di Asia Girls Explosion!



ASIA GIRLS EXPLOSION telah dilangsungkan pada 6 Mac lepas bertempat di Yoyogi National Gymnasium, Tokyo. Seperti yang sedia maklum, pertunjukan tersebut dikelolakan oleh Yoshiki bersama-sama produser Tokyo Girls Collection, Jay f.R.

Bintang rock Amerika, Marilyn Manson serta peragawan Tominaga Ai telah menyertai pertunjukan tersebut sebagai model. Dilaporkan juga, pelakon siri TV 90210, Shenae Grimes turut menghadiri pertunjukan tersebut. Semasa peragaan berlangsung, iringan piano Yoshiki menjadi muzik latar tatkala model-model peragaan berjalan, mengabungan persembahan muzik secara langsung dan fesyen di atas pentas yang sama.

Disamping itu, X Japan juga mempersembahkan beberapa lagu termasuk lagu terbaru mereka Scarlet Love Song yang memperlihatkan alunan piano Yosihiki bersama Toshi.

Pada masa yang sama juga, projek kumpulan Yoshiki, Violet UK turut terlibat di dalam acara ini. Mereka telah menyampaikan beberapa lagu seperti ROSA dan Blue Butterfly. Ini merupakan persembahan pertama Violet UK di Jepun.


Sumber/Gambar:
Tokyohive

Untuk melihat gambar-gambar di sekitar pertunjukan tersebut sila layari: http://www.flickr.com/photos/taromatsumura/tags/20110306age/show/

Monday 7 March 2011

Dua Lagu Terbaru YUI Akan Digunakan Sebagai Lagu Tema Filem Paradise Kiss!



YUI telah dipertanggungjawabkan untuk menulis lagu tema bagi filem Paradise Kiss yang di bintangi oleh Kitakawa Keiko dan Mukai Osamu.

Dua lagu tersebut berjudul 「HELLO~Paradise Kiss~」 sebagai lagu pembukaan dan 「YOU」 sebagai lagu penutup.

YUI juga merupakan salah seorang peminat kepada manga-ka Ai Yazawa iaitu pelukis komik bagi Paradise Kiss dan NANA. Beliau turut memberi komen, "Melodinya datang ke minda saya dengan begitu mudah. Ia merupakan lagu yang penuh dengan harapan".

Buat masa ini, masih tiada maklumat lengkap mengenai lagu terbaru YUI ini. Apa yang pasti kedua-dua lagu ini merupakan lagu ke-5 dan ke-6 ditulis oleh YUI yang akan digunakan sebagai lagu tema filem.

Lagu ini dijangka akan keluar di pasaran pada 1 Jun ini manakala filem Paradise Kiss pula bakal ditayangkan di pawagam pada 4 Jun nanti.

Sumber: YUI-Lover

Trailer: