X Japan European Tour 2011 merupakan salah satu daripada siri jelajah dunia X Japan tahun ini, iaitu X JAPAN WORLD TOUR 2011. Jelajah Eropah X Japan 2011 bakal mengambil tempat di negara-negara seperti United Kingdom, Perancis, Jerman dan Belanda pada Jun dan Julai nanti.
Ini merupakan jelajah Eropah pertama bagi X Japan.
Ketua kumpulan X Japan, Yoshiki, telah mengumumkan lima buah negara Amerika Selatan akan menjadi destinasi terbaru jelajah dunia X Japan tahun ini. Antara negara tersebut ialah Chile, Brazil, Argentina, Peru dan Mexico. Mereka dijadual akan mengadakan konsert di sana pada bulan September nanti.
Ini merupakan Jelajah Amerika Selatan pertama bagi X Japan. Nantikan penampilan pertama mereka di sana!
09 September - Teatro Caupolican - Santiago, Chile 11 September - HSBC Brasil - Sao Paulo, Brazil 14 September - El Teatro - Buenos Aires, Argentina 16 September - Scencia - Lima, Peru 18 September - Circo Volador - Mexico City, Mexico
Atas permintaan ramai, X Japan buat pertama kali bakal menjejakkan kaki di bumi Belanda! Mereka akan membuat persembahan di Tivoli, Utrecht pada 2 Julai nanti sehari selepas konsert mereka di Perancis. Nantikan kemunculan mereka di sana!
Tiket habis terjual dalam masa tiga hari! Itulah situasi terkini mengenai konsert Jelajah Dunia X Japan 2011 yang bakal diadakan di London dan Berlin. Hal ini telah menyebabkan venue konsert tersebut terpaksa ditukarkan ke venue yang lebih besar dan mampu memuatkan lebih banyak peminat.
Konsert X Japan yang sepatutnya bertempat di 02 Academy, London (28 Jun) terpaksa ditukarkan ke 02 Shephard's Bush Empire. Manakala di Jerman pula, konsert X Japan di Huxleys, Berlin (4 Julai) terpaksa ditukarkan ke Columbianhalle atas sebab yang sama.
Seperti yang sedia maklum, ini merupakan konsert jelajah Eropah pertama X Japan.
X Japan kini dengan rasminya telah mengumumkan lokasi serta tarikh terbaru konsert jelajah dunia 2011 mereka yang bakal diadakan pada musim panas ini! Kali terakhir X Japan mengadakan konsert jelajah dunia ialah pada pertengahan tahun lepas di Yokohama, Jepun. Kali ini X japan akan membuat persembahan julung kali di United Kingdom, Perancis dan Jerman.
Nantikan kemunculan X Japan di:
28 Jun - Islington O2 Academy, London, United Kingdom 1 Julai - Zenith, Paris, France 4 Julai - Huxleys, Berlin, Germany 13 Ogos - Summer Sonic Festival, Osaka, Japan 14 Ogos - Summer Sonic Festival, Tokyo, Japan
Ini merupakan penampilan pertama X Japan di konsert Summer Sonic 2011. Konsert tersebut akan diadakan di Tokyo dan Osaka pada 13 dan 14 Ogos nanti. Konsert ini juga bakal menampilkan band-band termasyhur seluruh dunia bagi membuat persembahan.
Pada jumaat yang lepas, dunia telah dikejutkan oleh bencana gempa bumi di Jepun yang bermagnitud 8.9 pada skala richter. Bencana tersebut telah menyebabkan ombak tsunami membadai kawasan persisiran pantai timur laut negara matahari terbit itu. Bencana itu juga merupakan bencana alam terburuk yang pernah dialami oleh Jepun dalam masa 140 tahun! Sendai, Iwate dan Miyagi bagaikan padang jarak padang terkukur apabila air tsunami yang datang sejurus gempa membadai kawasan itu yang terletak berhampiran dengan pusat gempa. Dijangkakan seramai 10 000 telah terkorban disebabkan bencana tersebut dan angka itu dipercayai akan terus meningkat.
Disamping itu, krisis reaktor nuklear yang rosak akibat gempa bumi jumaat lalu menjadi isu utama di Jepun kini. Kegagalan sistem penyejuk menyejukkan reaktor yang terletak di Fukushima itu telah menyebabkan kebocoran serta siri letupan di reaktor-reaktor tersebut. Kawasan tersebut telah diisythiharkan darurat dan penduduk di sekitarnya telah di arahkan berpindah oleh kerajaan akibat pembebasan bahan radiasi yang berkemungkinan berlaku.
Oleh itu, kita sebagai komuniti sedunia marilah mendoakan kebangkitan semula Jepun daripada bencana ini.
Tambahan: YUI, L'Arc~en~Ciel dan X Japan selamat. Layari lawan web rasmi mereka untuk mengetahui status atau informasi lanjut.
ASIA GIRLS EXPLOSION telah dilangsungkan pada 6 Mac lepas bertempat di Yoyogi National Gymnasium, Tokyo. Seperti yang sedia maklum, pertunjukan tersebut dikelolakan oleh Yoshiki bersama-sama produser Tokyo Girls Collection, Jay f.R.
Bintang rock Amerika, Marilyn Manson serta peragawan Tominaga Ai telah menyertai pertunjukan tersebut sebagai model. Dilaporkan juga, pelakon siri TV 90210, Shenae Grimes turut menghadiri pertunjukan tersebut. Semasa peragaan berlangsung, iringan piano Yoshiki menjadi muzik latar tatkala model-model peragaan berjalan, mengabungan persembahan muzik secara langsung dan fesyen di atas pentas yang sama.
Disamping itu, X Japan juga mempersembahkan beberapa lagu termasuk lagu terbaru mereka Scarlet Love Song yang memperlihatkan alunan piano Yosihiki bersama Toshi.
Pada masa yang sama juga, projek kumpulan Yoshiki, Violet UK turut terlibat di dalam acara ini. Mereka telah menyampaikan beberapa lagu seperti ROSA dan Blue Butterfly. Ini merupakan persembahan pertama Violet UK di Jepun.
X Japan hari ini telah menandatangani perjanjian bersama label Amerika Syarikat, EMI Music bagi menerbitkan dan memasarkan karya mereka di Amerika Utara selama 3 tahun berturut-turut. Jade telah di pilih sebagai single pertama X Japan yang akan diterbitkan oleh EMI Music dan bakal dipasarkan pada 15 Mac ini.
Pengarah EMI Music berkata, “It’s an honor to have X JAPAN with our EMI Label/Caroline family. I think this is perfect timing, following the success of their North American tour last fall.”
Selain itu, Naib Presiden Eksekutif bagi EMI Music Services North America, Dominique Pandiscia juga memberi komen, “We can’t contain our excitement over working with X JAPAN.”
Yoshiki baru-baru ini telah berkongsi pandangan beliau mengenai album mereka yang terbaru. “Some of the songs on this new album were originally written with Japanese lyrics,” he explained, “s translating them into English has been challenging. For some reason, English needs more words, so I ended up re-writing many of the lyrics but kept the same message.”
Yoshiki juga berkata, “X Japan’s music is everything from fast, super-heavy rock to ballads with classical piano - all of those elements are what makes X Japan’s music. We don’t play just one kind of music – we want to take people on a journey.”
X Japan kini masih lagi merakam beberapa hasil karya mereka di Jepun, tetapi kebanyakan daripadanya disempurnakan di studio milik Yoshiki yang terletak di Los Angeles. Mereka juga berkolaborasi dengan menggunakan perkhidmatan internet bagi merakam trek album terbaru mereka secara online.
Walaupun single tersebut bakal dipasarkan di Amerika Utara, rundingan bagi jualan antarabangsa termasuk bagi pasaran Jepun masih di dalam proses rundingan. Sebelum akhir tahun, X japan merancang akan memasarkan album terbaru mereka dan melengkapkan siri jelajah mereka yang lain.
Sementara itu, Yoshiki juga telah mengumumkan bahawa beliau akan mempunyai program radio beliau sendiri di Sirius XM Radio yand diberi nama ''YOSHIKI RADIO''. Program tersebut akan keudara selama satu jam sekali dalam sebulan.
Akhirnya, Yoshiki telah mengumumkan lagu terbaru mereka diberi judul Scarlet Love Song. Ia merupakan lagu sepenuhnya bergenre balada yang pertama bagi X Japan sejak mereka kembali bergabung semula pada tahun 2007. Ia sepenuhnya ditulis oleh Yoshiki sendiri. Lagu ini juga dilaporkan akan disertakan di dalam album terbaru X Japan yang bakal dipasarkan pada musim bunga akan datang.
Disamping itu, lagu Scarlet Love Song juga dijadikan sebagai lagu tema bagi filem anime terbaru Warner Bros yang bertajuk BUDDHA. Filem ini diadaptasi daripada siri manga yang sama judulnya, Buddha hasil karya God of Manga, Osamu Tezuka. Ia bakal mengegarkan pawagam Jepun pada 28 Mei 2011 tahun hadapan. Untuk maklumat lanjut layari lawan web wwws.warnerbros.co.jp/buddha.
Menurut laman web Sanspo, album terbaru X Japan sudah pun hampir siap dan akan berada di pasaran pada awal tahun 2011.
Yoshiki turut mendedahkan perancangan bagi Jelajah mereka untuk tahun 2011 bermula dengan Jerman dan Perancis pada musim luruh seterusnya. X Japan juga berharap dapat mengadakan persembahan lagi untuk satu Jelajah Amerika Utara yang lengkap dan persembahan di Jepun pada Mei 2011 nanti. Terdapat juga laporan bahawa X japan turut akan membuat persembahan di negara-negara Asia seperti Korea, Taiwan dan Thailand.
Setelah menjelajah sebahagian pelusuk Amerika Utara, akhirnya X Japan melabuhkan tirainya bagi edisi Jelajah Amerika Utara di Roseland Ballroom, New York semalam. Roseland Ballroom merupakan tempat terakhir X Japan membuat persembahan di dalam siri Jelajah Amerika Utara.
Sementara itu, sehari sebelum konsert tersebut Yoshiki telah menghadirkan diri ke New York Comics Con bersama-sama dengan Stan Lee.
Antara tempat yang mereka lawati untuk membuat persembahan ialah: • 25 Sept - Wiltern Theatre, Los Angeles, USA • 28 Sept - Fox Theatre, Oakland, USA • 1 Okt - Paramount Theatre, Seattle, USA • 3 Okt - Queen Elizabeth Theatre, Vancouver, CANADA • 6 Okt - Riviera, Chicago, USA • 7 Okt - Massey Hall, Toronto, CANADA • 10 Okt - Roseland Ballroom, New York, USA
Disamping itu, terdapat laporan menyatakan bahawa ketua kumpulan X Japan, Yoshiki menghidapi Hyperthyroidism semasa dalam siri jelajah mereka. Menurut Oricon Style, Yoshiki telah mengetahui perkara itu sejak beliau menjalani pembedahan di bahagian belakang leher lagi tetapi tidak memberitahu staff beliau. Bagaimanapun pada 5 Oktober yang lepas, beliau telah dijumpai pengsan di dalam bilik hotelnya di Chicago. Doktor berkata Yoshiki sangat mudah mendapat keletihan berbanding dengan orang lain disebabkan oleh penyakit itu.
Berikut ialah gambar-gambar sepanjang X Japan North American Tour:
Selepas Wiltern Theater di Los Angeles, kini X Japan di Oakland pula dalam siri jelajah terbaru mereka, X Japan North American Tour 2010. Mereka telah berjaya menggegarkan The Theater Fox kemarin sama seperti di Wiltern Theater pada 25 September yang lepas.
Album pertama X Japan dalam masa 14 tahun sejak album terakhir mereka, Dahlia pada tahun 1996 sebelum pembubaran band
tersebut pada tahun 1997. Album bagi pasaran muzik Amerika Syarikat ini menggandungi lagu-lagu rakaman baru, seperti Without You, Jade dan Born To Be Free. Selain itu, lagu- lagu lama seperti Tears dan Endless Rain yang diberi nafas baru dalam versi Bahasa Inggeris turut terkandung di dalam album tersebut. Album ini bakal keluar di pasaran pada hujung tahun ini atau awal tahun depan.
Diharapnya album terbaru kugiran rock Jepun yang paling berjaya
dalam sejarah ini dapat menembusi pasaran muzik nombor satu dunia,
Amerika syarikat. Disamping menjadi album pertama Asia yang berjaya
Setelah berjaya mengegarkan Yokohama pada hari pertama konsert, X japan terus memikat para penonton pada konsert hari kedua. Menurut Yoshiki, lebih dari 100 000 orang telah membanjiri stadium pada kedua-dua hari konsert tersebut.
Kehadiran buat kali kedua tetamu istimewa Taiji, mengimbaukan lagi suasana nostalgia Era X di Nissan Stadium, Yokohama.
Selain itu, pada konsert tersebut Duta Amerika Syarikat ke Jepun, John V. Roos turut hadir menyaksikan persembahan mereka secara langsung.
Selepas ini X Japan dijangka akan mengadakan konsert mereka di dua buah negara Amerika Utara sempena konsert X JAPAN North American Tour pada bulan September dan Oktober akan datang.
Antara tempat yang mereka akan membuat persembahan ialah: • Wiltern Theatre, Los Angeles, USA • Fox Theatre, Oakland, USA • Paramount Theatre, Seattle, USA • Queen Elizabeth Theatre, Vancouver, CANADA • Riviera, Chicago, USA • Massey Hall, Toronto, CANADA • Roseland Ballroom, New York, USA
Izzu ~The Coolest Kaki Download~ merupakan seorang insan yang sangat menyukai pemainan Pro Evolution Soccer 2011 (PES 2011), lebih-lebih lagi bahagian Become a Legend. Beliau juga sangat meminat penyanyi & penulis lirik, YUI; band rock tersohor, L'Arc~en~ciel dan terbaru sekali si tampan Yoshiki & band lagendanya X Japan...