Thursday 21 October 2010

Preview Video Muzik 『Rain』 Di Mezamashi TV!



Kelihatan NOHANA dari Stereopony sebagai bassist bagi band latar YUI di dalam video muzik ini.

Sumber: YUI-Lover

Cover Single YUI - 『Rain』!

Cover bagi single terbaru YUI yang berjudul Rain telah diterbitkan oleh amazon.co.jp.

Regular Edition



Limited Edition

Wednesday 20 October 2010

Perancangan X Japan Untuk Tahun 2011



Menurut laman web Sanspo, album terbaru X Japan sudah pun hampir siap dan akan berada di pasaran pada awal tahun 2011.

Yoshiki turut mendedahkan perancangan bagi Jelajah mereka untuk tahun 2011 bermula dengan Jerman dan Perancis pada musim luruh seterusnya. X Japan juga berharap dapat mengadakan persembahan lagi untuk satu Jelajah Amerika Utara yang lengkap dan persembahan di Jepun pada Mei 2011 nanti. Terdapat juga laporan bahawa X japan turut akan membuat persembahan di negara-negara Asia seperti Korea, Taiwan dan Thailand.

Sumber: Sanspo

Thursday 14 October 2010

Imej Video Muzik 『Rain』 di CDTV!

Imej ini telah diambil daripada laporan siaran Countdown TV pada 10 Oktober lepas. Laporan tersebut menyatakan bahawa nada dering lagu Rain sudah pun dijual melalui Chaku-Uta. Tiada lagi maklumat selanjutnya diberitahu mengenai video muzik Rain.



Laporan dari CDTV: Video

Sumber: YUI-Lover

Monday 11 October 2010

Siri Jelajah Amerika Utara X Japan Berakhir!

Setelah menjelajah sebahagian pelusuk Amerika Utara, akhirnya X Japan melabuhkan tirainya bagi edisi Jelajah Amerika Utara di Roseland Ballroom, New York semalam. Roseland Ballroom merupakan tempat terakhir X Japan membuat persembahan di dalam siri Jelajah Amerika Utara.

Sementara itu, sehari sebelum konsert tersebut Yoshiki telah menghadirkan diri ke New York Comics Con bersama-sama dengan Stan Lee.

Antara tempat yang mereka lawati untuk membuat persembahan ialah:
• 25 Sept - Wiltern Theatre, Los Angeles, USA
• 28 Sept - Fox Theatre, Oakland, USA
• 1 Okt - Paramount Theatre, Seattle, USA
• 3 Okt - Queen Elizabeth Theatre, Vancouver, CANADA
• 6 Okt - Riviera, Chicago, USA
• 7 Okt - Massey Hall, Toronto, CANADA
• 10 Okt - Roseland Ballroom, New York, USA


Disamping itu, terdapat laporan menyatakan bahawa ketua kumpulan X Japan, Yoshiki menghidapi Hyperthyroidism semasa dalam siri jelajah mereka. Menurut Oricon Style, Yoshiki telah mengetahui perkara itu sejak beliau menjalani pembedahan di bahagian belakang leher lagi tetapi tidak memberitahu staff beliau. Bagaimanapun pada 5 Oktober yang lepas, beliau telah dijumpai pengsan di dalam bilik hotelnya di Chicago. Doktor berkata Yoshiki sangat mudah mendapat keletihan berbanding dengan orang lain disebabkan oleh penyakit itu.

Berikut ialah gambar-gambar sepanjang X Japan North American Tour:










Sumber & Gambar:
Tokyohive
Natalie.mu

Sunday 10 October 2010

Tracklist Bagi Single Terbaru YUI - 『Rain』 Telah Disahkan!

YUI - Rain Tracklist:

CD
1. Rain
2. a room
3. How crazy ~YUI Acoustic Version~
4. Rain ~Instrumental~

DVD
1. Rain ~Music Video~
2. Please Stay With Me ~Music Video~

Senarai lagu ini telah disahkan oleh Amazon.co.jp. a room merupakan lagu B-side bagi single terbaru YUI ini manakala lagu How crazy pula telah dijadikan sebagai lagu akustik, disamping lagu Rain versi Instrumental. Hal ini telah mengecewakan sesetengah peminat YUI apabila lagu How crazy dijadikan sebagai lagu akustik di dalam single ini bukannya lagu to Mother.

DVD pula mengandungi klip video muzik Rain dan Please Stay With Me dari album Holidays in the Sun.

Saturday 9 October 2010

Di Sebalik Tabir Pembikinan Video Muzik Single Terbaru YUI - 『Rain』 ?

Berikut adalah gambar-gambar di sebalik tabir proses pembikinan klip video muzik single terbaru YUI, Rain yang dipaparkan di Tab Staff Diary, YUI-net. Klip video tersebut jelas kelihatan dalam gambar yang keempat.






Sumber: YUI-net

Tambahan:

Rain Jacket photoshoot?