Friday 31 December 2010

L'Arc~en~Ciel Akan Mengadakan World Tour 2011?

“Next year L’Arc~en~Ciel is approaching its 20th anniversary. We would like to go around the world for the fans who have been waiting for us.”

Betul ke? Kenyataan L'Arc~en~Ciel di lawan web NHK Kouhaku seakan-akan menyatakan bahawa mereka akan mengadakan siri Jelajah Dunia pada tahun 2011! Apa yang pasti, kenyataan ini telah meningkatkan semangat para peminat bagi menyaksikan persembahan L'Arc~en~Ciel secara live di negara masing-masing.

Mengadakan siri Jelajah Dunia bagi L'Arc~en~Ciel adalah berpatutan kerana kebanyakan band sezaman dengannya sudah lama mengadakan siri jelajah tersebut.

Sumber: NHK

Wednesday 29 December 2010

L'Arc~en~Ciel - 20th L'Anniversary Starting Live "L'A HAPPY NEW YEAR"!



Tahun 2011, maka genap 20 tahun usia band L'Arc~en~Ciel. Oleh itu, L'Arc~en~Ciel akan kembali dengan konsert live terbaru bagi menyambut ulang tahun ke-20 mereka.

Konsert tersebut bakal diadakan di Makuhari Messe International Exhibition Hall pada pukul 12.00 tengahmalam tahun baru 2011. Namun, tiket hanya di jual kepada Fanclub Rasmi LE-CIEL sahaja.



Disamping itu, menurut NHK, L'Arc~en~Ciel juga akan menyertai persembahan live tahunan Kouhaku Uta Gassen yang ke-61 dengan menyampaikan lagu "Bless" pada 31 Disember nanti!

L'Arc~en~Ciel juga nyatakan bahawa mereke sedang menjalani proses rakaman!

Sumber/Gambar:-
Barks.jp
NHK

DVD Live Ke-2 YUI Sah "Hotel Holidays in the Sun"!



Seperti yang di sangkakan, siri Jelajah Hotel Holidays in the Sun sah untuk dijadikan sebagai DVD Live yang ke-2 YUI selepas YUI First Live DVD: Thank you my teens. Segala usaha yang telah dilakukan oleh para peminat YUI serta produser beliau yang turut mahukan DVD Live ini diterbitkan telah membuahkan hasil.

DVD Live ke-2 YUI dijadual akan dipasarkan pada 9 Mac tahun hadapan. Keluaran pertama akan menggandungi buku bergambar serta sleeve case!

http://www.95music.com/productDoc.jsp?id=88112

Tuesday 28 December 2010

Hotel Holidays in the Sun Tour DVD?!



Masih tiada maklumat lengkap mengenai perkara ini dari YUI-net sendiri tetapi penemuan yang mengejutkan dari laman blog Oricon telah meletakkan para peminat YUI satu harapan yang besar bagi DVD Live tersebut keluar di pasaran.

Mengikut maklumat daripada sumber-sumber yang lain, DVD Live ke-2 YUI bakal keluar dipasaran pada tanggal 9 Mac 2011! Apa yang boleh dibuat masa kini adalah menunggu pengumuman rasmi dari YUI-net mengenai DVD Live tersebut.

http://blog.oricon.co.jp/collectionmaster/archive/2540/0

Saturday 25 December 2010

L'Arc~en~Ciel - "Winter Fall" + "Ready Steady Go" Live [Music Station Super Live 2010]


Untuk qualiti video yang lebih baik sila tonton di Facebook.

Ini merupakan persembahan live pertama L'Arc~en~Ciel sejak mereka mula berhiatus pada awal tahun ini selepas single "Bless". Dengan menyampaikan lagu "Winter Fall" ('98) dan "Ready Steady Go" ('04) sahaja semalam sudah cukup memukau para peminat yang dahagakan persembahan mereka semula.

YUI - "Your Heaven" Live [Music Station Super Live 2010]


Untuk qualiti video yang lebih baik sila tonton di Facebook.

Persembahan yang cukup menarik dan rileks daripada YUI dengan lagu terbarunya "Your Heaven" di konsert Music Station Super Live 2010! Beliau bersama-sama dengan 32 artis ternama yang lain telah berjaya mengamitkan suasana malam Krismas di Makuhari Messe Event Hall semalam.

Friday 24 December 2010

YUI - "Your Heaven" Live [Live in the Dark]


Untuk qualiti video yang lebih baik sila tonton di Facebook.

Persembahan "Your Heaven" daripada YUI di konsert Live in the Dark pada 12 Disember yang lepas.


YUI - "It's My Life" Menjadi Lagu Tema Bagi Kempen U-Can



Lagu terbaru YUI, "It's My Life" telah dipilih akan digunakan sebagai lagu tema CM kempen U-Can. Iklan tersebut bakal ke udara dari New Year's Day iaitu pada 1 Januari.

CM tersebut akan dibintangi oleh Shibasaki Kou, Mukai Osamu dan Kimura Tae yang akan mengambarkan pelbagai kerisauan dan kebimbangan sebagai seorang wanita pejabat, salaryman dan suri rumah yang belum pernah bersifat positif ke arah diri mereka yang lebih baik.

Berketepatan dengan iklan dan lagu tersebut, YUI berkata ia akan menjadi lagu terbaik bagi memotivasikan orang ramai bagi tahun 2011!

"It's My Life" merupakan salah satu daripada lagu A-side single terbaru YUI yang bakal dipasarkan pada 26 Januari akan datang. Ia bakal dikompilasikan bersama "Your Heaven" iaitu lagu tema bagi Kempen Sony, Play You dan dua lagi lagu B-side yang lain.






Sumber: natalie.mu

Thursday 23 December 2010

YUI - 『It's My Life/Your Heaven』 Radio Rip!


It's My Life


Your Heaven

Berikut adalah lagu penuh It's My Life dan Your Heaven yang telah di rip daripada rancangan School of Lock, Tokyo FM .

Wednesday 22 December 2010

Cover Single YUI - 『It's My Life/Your Heaven』!

Berikut adalah cover bagi edisi tetap dan edisi terhad single ke-18 YUI, It's My Life/Your Heaven.


Regular Edition


Limited Edition


Promo Picture:


Sumber: natalie.mu

Friday 17 December 2010

Lagu Terbaru X Japan - 『Scarlet Love Song』!

Akhirnya, Yoshiki telah mengumumkan lagu terbaru mereka diberi judul Scarlet Love Song. Ia merupakan lagu sepenuhnya bergenre balada yang pertama bagi X Japan sejak mereka kembali bergabung semula pada tahun 2007. Ia sepenuhnya ditulis oleh Yoshiki sendiri. Lagu ini juga dilaporkan akan disertakan di dalam album terbaru X Japan yang bakal dipasarkan pada musim bunga akan datang.



Disamping itu, lagu Scarlet Love Song juga dijadikan sebagai lagu tema bagi filem anime terbaru Warner Bros yang bertajuk BUDDHA. Filem ini diadaptasi daripada siri manga yang sama judulnya, Buddha hasil karya God of Manga, Osamu Tezuka. Ia
bakal mengegarkan pawagam Jepun pada 28 Mei 2011 tahun hadapan. Untuk maklumat lanjut layari lawan web wwws.warnerbros.co.jp/buddha.

Sumber: Sanpo

Tracklist Bagi Single Terbaru YUI - 『It's My Life/Your Heaven』!

YUI - It's My Life/Your Heaven Tracklist:

CD
1. It's My Life
2. Your Heaven
3. Rain ~YUI Acoustic Version~
4. It's My Life ~Instrumental~

DVD
1. Your Heaven Video Clip
2. YUI in Sweden Special Movie

Buat masa kini, senarai lagu ini sahaja yang dapat dipastikan akan menjadi trek single YUI ke-18 ini. Lagu It's My Life dan Your Heaven sebagai lagu A-side manakala Rain dijadikan sebagai lagu akustik berserta lagu instrumental It's My Life. Bagi edisi terhad, DVD mengandungi klip video muzik Your Heaven berserta movie istimewa YUI di Sweden.

Tempahan awal sudah boleh dibuat di www.cdjapan.co.jp.

『It's My Life/Your Heaven』 - Regular Edition
『It's My Life/Your Heaven』 - Limited Edition


Monday 13 December 2010

YUI - Live in the Dark!



YUI bersama dua lagi artis yang lain, Shota Shimizu dan JASMINE telah selamat membuat persembahan masing-masing di Premium Live 'Live in the Dark' yang berlangsung di Garden Room, Ebisu, Tokyo semalam. YUI telah menyampaikan lagu terbarunya yang berjudul Your Heaven, sebagai salah satu lagu tema bagi kempen Sony, Play You.



Disamping itu, beliau juga turut menyampaikan 4 buah lagu yang lain iaitu How crazy, Love is all, TOKYO dan to mother. Seramai 438 peminat yang bertuah telah dipilih daripada kalangan 10 000 pemohon untuk menyaksikan persembahan mereka bertiga semalam.



Sumber: Sanpo

Sunday 12 December 2010

Single Terbaru YUI Merupakan 'Double A-side'?

Mengejutkan! Single terbaru YUI yang bakal dipasarkan pada awal tahun 2011 merupakan single 'Double A-side'. Ini kerana lagu Your Heaven akan dikeluarkan bersama-sama sebuah lagi lagu lain yang diberi judul It's My Life!

Tempahan awal sudah boleh dibuat di
www.cdjapan.co.jp.

It's My Life / Your Heaven

『It's My Life/Your Heaven』 - Regular Edition

『It's My Life/Your Heaven』 - Limited Edition

Sumber: YUI-Lover


Tambahan:
Cover preview?


Sumber: YUI-net

Friday 10 December 2010

YUI - 『Your Heaven』 CM Bagi Kempen Sony 'Play You'



Your Heaven merupakan lagu terbaru YUI yang dijadikan sebagai salah satu lagu tema bagi kempen terbaru Sony, 'Play You'.

Wednesday 8 December 2010

Single Terbaru YUI - 『Your Heaven』!




Setelah tarikh didedahkan kini tajuknya pula disahkan. Single ke-18 YUI sah diberi tajuk Your Heaven, ia bakal dipasarkan pada 26 Januari awal tahun hadapan. Disamping itu, lirik Your Heaven sudah dipamerkan di lawan web YUI-net.

Lagu ini bakal dipersembahkan buat kali pertamanya di konsert Live in the Dark pada 12 Disember ini. Selain itu, nantikan juga persembahan live YUI di MUSIC STATION SUPERLIVE 2010 yang bakal diadakan pada 24 Disember ini!

Tambahan:
Promo picture?


Saturday 4 December 2010

Music Station SuperLive 2010!




TV Asahi telah mengumumkan barisan artis yang akan membuat persembahan di live terbesar Music Station bagi tahun 2010 yang bakal berlangsung pada 24 Disember ini.

Berikut ialah 33 orang artis yang akan membuat persembahan:
• aiko
• Arashi
• Ikimono Gakari
• AKB48
• EXILE
• KAT-TUN
• KARA
• Kanjani8
• KinKi Kids
• Kumi Koda
• Kobukuro
• Kazuyoshi Saito
• JUJU
• SNSD
• Superfly
• SMAP
• Tackey & Tsubasa
• TOKIO
• DREAMS COME TRUE
• Kana Nishino
• NEWS
• Ayumi Hamasaki
• Perfume
• FUNKY MONKEY BABYS
• Masaharu Fukuyama
• V6
• Hey! Say! JUMP
• Porno Graffitti
• moumoon
• YUI
• Yusuke
• Yuzu
• L’Arc~en~Ciel


Sumber: TV Asahi

Thursday 2 December 2010

Rain Duduki Tempat Kedua Di dalam Carta Mingguan Oricon!

Selepas 5 single berturut-turut mendapat tempat pertama di dalam carta Oricon, akhirnya YUI kecundang jua ke tangga kedua carta selepas Tackey and Tsubasa dengan perbezaan kecil jumlah jualan single tersebut. Ini bermakna YUI gagal untuk memecahkan rekod pencapaian cemerlang Utada Hikaru yang merangkul tempat pertama sebanyak 6 kali berturut-turut di dalam carta Oricon!



Walaupun YUI tidak mempromosikan single terbaru ini di radio mahupun TV, ia tetap mengagumkan apabila melihat beliau boleh melangkah jauh walaupun bersaing dengan artis-artis lain yang hebat dari segi permasaran. Bermakna, hanya Utada Hikaru seorang masih satu-satunya penyanyi dan penulis lagu yang berjaya merangkul tempat pertama sebanyak 6 kali berturut-turut di dalam carta Oricon.

Penterjemahan,
Sumber: YUI-Lover