Friday, 31 December 2010

L'Arc~en~Ciel Akan Mengadakan World Tour 2011?

“Next year L’Arc~en~Ciel is approaching its 20th anniversary. We would like to go around the world for the fans who have been waiting for us.”

Betul ke? Kenyataan L'Arc~en~Ciel di lawan web NHK Kouhaku seakan-akan menyatakan bahawa mereka akan mengadakan siri Jelajah Dunia pada tahun 2011! Apa yang pasti, kenyataan ini telah meningkatkan semangat para peminat bagi menyaksikan persembahan L'Arc~en~Ciel secara live di negara masing-masing.

Mengadakan siri Jelajah Dunia bagi L'Arc~en~Ciel adalah berpatutan kerana kebanyakan band sezaman dengannya sudah lama mengadakan siri jelajah tersebut.

Sumber: NHK

No comments:

Post a Comment