
Tahun 2011, maka genap 20 tahun usia band L'Arc~en~Ciel. Oleh itu, L'Arc~en~Ciel akan kembali dengan konsert live terbaru bagi menyambut ulang tahun ke-20 mereka.
Konsert tersebut bakal diadakan di Makuhari Messe International Exhibition Hall pada pukul 12.00 tengahmalam tahun baru 2011. Namun, tiket hanya di jual kepada Fanclub Rasmi LE-CIEL sahaja.
Disamping itu, menurut NHK, L'Arc~en~Ciel juga akan menyertai persembahan live tahunan Kouhaku Uta Gassen yang ke-61 dengan menyampaikan lagu "Bless" pada 31 Disember nanti!
L'Arc~en~Ciel juga nyatakan bahawa mereke sedang menjalani proses rakaman!
Sumber/Gambar:-
Barks.jp
NHK
No comments:
Post a Comment