Monday, 13 December 2010

YUI - Live in the Dark!



YUI bersama dua lagi artis yang lain, Shota Shimizu dan JASMINE telah selamat membuat persembahan masing-masing di Premium Live 'Live in the Dark' yang berlangsung di Garden Room, Ebisu, Tokyo semalam. YUI telah menyampaikan lagu terbarunya yang berjudul Your Heaven, sebagai salah satu lagu tema bagi kempen Sony, Play You.



Disamping itu, beliau juga turut menyampaikan 4 buah lagu yang lain iaitu How crazy, Love is all, TOKYO dan to mother. Seramai 438 peminat yang bertuah telah dipilih daripada kalangan 10 000 pemohon untuk menyaksikan persembahan mereka bertiga semalam.



Sumber: Sanpo

No comments:

Post a Comment