Friday, 24 December 2010

YUI - "It's My Life" Menjadi Lagu Tema Bagi Kempen U-Can



Lagu terbaru YUI, "It's My Life" telah dipilih akan digunakan sebagai lagu tema CM kempen U-Can. Iklan tersebut bakal ke udara dari New Year's Day iaitu pada 1 Januari.

CM tersebut akan dibintangi oleh Shibasaki Kou, Mukai Osamu dan Kimura Tae yang akan mengambarkan pelbagai kerisauan dan kebimbangan sebagai seorang wanita pejabat, salaryman dan suri rumah yang belum pernah bersifat positif ke arah diri mereka yang lebih baik.

Berketepatan dengan iklan dan lagu tersebut, YUI berkata ia akan menjadi lagu terbaik bagi memotivasikan orang ramai bagi tahun 2011!

"It's My Life" merupakan salah satu daripada lagu A-side single terbaru YUI yang bakal dipasarkan pada 26 Januari akan datang. Ia bakal dikompilasikan bersama "Your Heaven" iaitu lagu tema bagi Kempen Sony, Play You dan dua lagi lagu B-side yang lain.






Sumber: natalie.mu

No comments:

Post a Comment