Sunday, 1 May 2011

X Japan European Tour 2011!



X Japan European Tour 2011 merupakan salah satu daripada siri jelajah dunia X Japan tahun ini, iaitu X JAPAN WORLD TOUR 2011. Jelajah Eropah X Japan 2011 bakal mengambil tempat di negara-negara seperti United Kingdom, Perancis, Jerman dan Belanda pada Jun dan Julai nanti.

Ini merupakan jelajah Eropah pertama bagi X Japan.

Sumber: XJAPANpodcast

Wednesday, 27 April 2011

Yoshiki Umum 5 Negara Amerika Selatan Sebagai Destinasi Jelajah Dunia X Japan 2011!



Ketua kumpulan X Japan, Yoshiki, telah mengumumkan lima buah negara Amerika Selatan akan menjadi destinasi terbaru jelajah dunia X Japan tahun ini. Antara negara tersebut ialah Chile, Brazil, Argentina, Peru dan Mexico. Mereka dijadual akan mengadakan konsert di sana pada bulan September nanti.

Ini merupakan Jelajah Amerika Selatan pertama bagi X Japan. Nantikan penampilan pertama mereka di sana!

09 September - Teatro Caupolican - Santiago, Chile
11 September - HSBC Brasil - Sao Paulo, Brazil
14 September - El Teatro - Buenos Aires, Argentina
16 September - Scencia - Lima, Peru
18 September - Circo Volador - Mexico City, Mexico

Sumber: Yoshiki Official Twitter

Sunday, 24 April 2011

Belanda Destinasi Terbaru Jelajah Dunia X Japan 2011!



Atas permintaan ramai, X Japan buat pertama kali bakal menjejakkan kaki di bumi Belanda! Mereka akan membuat persembahan di Tivoli, Utrecht pada 2 Julai nanti sehari selepas konsert mereka di Perancis. Nantikan kemunculan mereka di sana!

Sumber: xjapanmusic

Sunday, 17 April 2011

Perubahan Venue Jelajah Dunia X Japan 2011 Di London & Berlin



Tiket habis terjual dalam masa tiga hari! Itulah situasi terkini mengenai konsert Jelajah Dunia X Japan 2011 yang bakal diadakan di London dan Berlin. Hal ini telah menyebabkan venue konsert tersebut terpaksa ditukarkan ke venue yang lebih besar dan mampu memuatkan lebih banyak peminat.

Konsert X Japan yang sepatutnya bertempat di 02 Academy, London (28 Jun) terpaksa ditukarkan ke 02 Shephard's Bush Empire. Manakala di Jerman pula, konsert X Japan di Huxleys, Berlin (4 Julai) terpaksa ditukarkan ke Columbianhalle atas sebab yang sama.

Seperti yang sedia maklum, ini merupakan konsert jelajah Eropah pertama X Japan.

Sumber: xjapanmusic

Friday, 15 April 2011

X JAPAN WORLD TOUR 2011!



X Japan kini dengan rasminya telah mengumumkan lokasi serta tarikh terbaru konsert jelajah dunia 2011 mereka yang bakal diadakan pada musim panas ini! Kali terakhir X Japan mengadakan konsert jelajah dunia ialah pada pertengahan tahun lepas di Yokohama, Jepun. Kali ini X japan akan membuat persembahan julung kali di United Kingdom, Perancis dan Jerman.

Nantikan kemunculan X Japan di:

28 Jun - Islington O2 Academy, London, United Kingdom
1 Julai - Zenith, Paris, France
4 Julai - Huxleys, Berlin, Germany
13 Ogos - Summer Sonic Festival, Osaka, Japan
14 Ogos - Summer Sonic Festival, Tokyo, Japan

Maklumat selanjutnya bakal menyusul...

Sumber: xjapanmusic