Monday, 14 March 2011

Jepun Dilanda Gempa Bumi & Tsunami!



Pada jumaat yang lepas, dunia telah dikejutkan oleh bencana gempa bumi di Jepun yang bermagnitud 8.9 pada skala richter. Bencana tersebut telah menyebabkan ombak tsunami membadai kawasan persisiran pantai timur laut negara matahari terbit itu. Bencana itu juga merupakan bencana alam terburuk yang pernah dialami oleh Jepun dalam masa 140 tahun! Sendai, Iwate dan Miyagi bagaikan padang jarak padang terkukur apabila air tsunami yang datang sejurus gempa membadai kawasan itu yang terletak berhampiran dengan pusat gempa. Dijangkakan seramai 10 000 telah terkorban disebabkan bencana tersebut dan angka itu dipercayai akan terus meningkat.

Disamping itu, krisis reaktor nuklear yang rosak akibat gempa bumi jumaat lalu menjadi isu utama di Jepun kini. Kegagalan sistem penyejuk menyejukkan reaktor yang terletak di Fukushima itu telah menyebabkan kebocoran serta siri letupan di reaktor-reaktor tersebut. Kawasan tersebut telah diisythiharkan darurat dan penduduk di sekitarnya telah di arahkan berpindah oleh kerajaan akibat pembebasan bahan radiasi yang berkemungkinan berlaku.

Oleh itu, kita sebagai komuniti sedunia marilah mendoakan kebangkitan semula Jepun daripada bencana ini.




Tambahan:
YUI, L'Arc~en~Ciel dan X Japan selamat. Layari lawan web rasmi mereka untuk mengetahui status atau informasi lanjut.

No comments:

Post a Comment