Monday, 9 May 2011

Single Terbaru L'Arc~en~Ciel - GOOD LUCK MY WAY & 20th L'Anniversary Live!



Setelah lama menunggu, akhirnya L'Arc~en~Ciel telah mengumumkan judul single terbaru mereka, GOOD LUCK MY WAY. Single istimewa sempena ulang tahun ke-20 mereka ini bakal keluar di pasaran pada 29 Jun nanti. Seperti yang sedia maklum, lagu tersebut merupakan lagu tema bagi filem anime Fullmetal Alchemist: the Sacred Stars of Milos.

Seperti yang dijadualkan, L'Arc~en~Ciel bakal membuat konsert khas sempena ulang tahun ke-20 mereka, 20th L'Anniversary Live di Ajinomoto Stadium pada 28 dan 29 Mei ini. Konsert istimewa dua hari ini akan mengimbau kembali lagu-lagu mereka sejak 20 tahun yang lalu. Pada hari pertama, mereka akan menyampaikan lagu-lagu dari album pertama mereka, DUNE sehingga album yang kelima, Heart. Manakala pada hari kedua pula, mereka akan menyampaikan lagu-lagu dari album ray dan ark sehingga lagu album terakhir mereka iaitu KISS.

Sumber Kedua: Tokyohive

Saturday, 30 April 2011

YUI Tercalon Dalam Dua Kategori MTV Video Music Aid Japan Award!



Antara dua kategori yang dicaloni oleh YUI ialah:

BEST FEMALE VIDEO

Miliyah Kato – X.O.X.O.
LADY GAGA – Born This Way
RIHANNA – Only Girl (In the World)
YUI – Rain

BEST ALBUM OF THE YEAR

EMINEM - RECOVERY (MV:Love the Way You Lie feat. RIHANNA)
Miliyah Kato – HEAVEN (MV:Last Love)
LINKIN PARK – A THOUSAND SUNS (MV:The Catalyst)
Kana Nishino – to LOVE (MV:Best Friend)
YUI – HOLIDAYS IN THE SUN (MV:GLORIA)

Edisi anugerah MTV Music Video Japan kali ini bertujuan bagi mengutip dana untuk didermakan kepada Japanese Red Cross.

Sumber kedua: YUI-Lover

Lelongan Piano Kristal Yoshiki Berakhir Dengan 11 Juta Yen!



Pada 28 April yang lalu, lelongan bagi piano grand kristal, Kawai CR-40 milik ketua kumpulan X Japan, Yoshiki, telah berakhir dengan bidaan tertinggi iaitu pada harga 11 juta seribu yen.

Lelongan bagi piano tersebut telah bermula pada 17 April lalu oleh Yahoo! Japan dan terpaksa ditunda beberapa hari atas masalah yang berkaitan dengan pembida. Namun, lelongan tersebut telah disambung semula pada 25 April lalu.

Hasil lelongan amal ini akan disumbangkan kepada mangsa bencana gempa bumi Tohoku, Jepun 2011.

Sumber Kedua: Tokyohive

Monday, 25 April 2011

Lelongan Piano Kristal Yoshiki Bersambung Semula!



Disebabkan bidaan lelongan piano kristal Kawai CR-40 milik Yoshiki yang meningkat secara mendadak, pihak Yahoo! Japan telah menangguhkan sementara lelongan bagi menyiasat kredibiliti pembida-pembida yang telah membida piano tersebut hampir 6 billion yen. Setelah mengetahui status bidaan tersebut yang merupakan bidaan palsu, harga bidaan bagi piano kristal tersebut telah jatuh kepada 53,057,000 yen.

Sehubungan dengan penangguhan tersebut, proses lelongan piano kristal milik Yoshiki bakal disambung semula pada 25 April dan tempoh lelongan tersebut akan dilanjutkan sehingga 28 April ini dengan harga permulaan bidaan sebanyak 53,057,000 yen.

Sumber Kedua: Tokyohive

Sunday, 24 April 2011

Persoalan Mengenai Bidaan 6 Billion Yen Piano Kristal Yoshiki Terjawab!



Segala kemusykilan mengenai bidaan piano kristal milik Yoshiki yang telah mencecah angka 6 billion yen terungkai. Seperti yang disangka bidaan tersebut merupakan bidaan PALSU!

Pada 21 April yang lepas, pihak Yahoo! Japan telah menemui pembida yang bertanggungjawab ke atas bidaan yang mencecah 6 billion yen tersebut. Harga bidaan yang terlalu tinggi itu merupakan satu gurauan dan bersifat penipuan.

Proses lelongan piano kristal tersebut akan disambung semula tidak lama lagi.

Thursday, 21 April 2011

Bidaan Lelongan Piano Kristal Yoshiki Cecah 6 Billion Yen?!



Dalam masa tiga hari sahaja bidaan bagi lelongan piano kristal milik Yoshiki telah mencecah angka 6 billion yen. Bidaan bagi lelongan tersebut yang bermula pada 17 April yang lalu telah meningkat secara mendadak pada hari ketiga lelongan dengan jumlah bidaan sebanyak 898 bidaan!

Disebabkan harga bidaan yang terlalu tinggi, pihak Yahoo! JAPAN terpaksa menangguhkan lelongan tersebut sehingga diberitahu kelak. Hal ini kerana pihak mereka mahu memastikan tidak berlaku sebarang penipuan oleh pembida ke atas lelongan tersebut.

Lelongan ini bertujuan untuk mengumpul dana bagi membantu mangsa gempa bumi di Jepun lalu.

Sumber Kedua: Tokyohive

Tuesday, 19 April 2011

Hari Pertama Lelongan Piano Kristal Yoshiki Cecah 30 Juta Yen!



Seperti yang dimaklumkan lalu, Yoshiki akan mendermakan hasil lelongan piano kristal beliau kepada Yahoo! Japan's Charity Auctions. Pada hari pertama lelongan sahaja, bidaan yang dicatatkan selepas jam 5 PM telah mencecah 30 juta Yen! Lelongan tersebut telah bermula pada 17 April yang lepas dan akan berakhir pada 24 April nanti.

Kepada yang berminat mereka boleh menyertai bidaan tersebut sehingga jam 10 PM pada hari terakhir lelongan tersebut. Hasil lelongan piano tersebut akan didermakan kepada mangsa bencana alam Tohoku, Jepun oleh Yoshiki Foundation Amerika melalui Japanese Red Cross.

Sumber Kedua: Tokyohive
Gambar: Barks.jp

Monday, 18 April 2011

YUI LIVE 2011 ~Hong Kong HOTEL HOLIDAY IN THE SUN~ - Konsert Luar Negara Pertama YUI!



Buat pertama kali, penyanyi dan penulis lagu, YUI akan mengadakan konsert live di Hong Kong pada 26 Jun ini! Konsert ini merupakan konsert pertama YUI di luar negara.

YUI bakal mengadakan konsert tersebut di Asia World Arena, tempat di mana artis seperti Arvil Lavigne dan L'Arc~en~Ciel pernah membuat persembahan. Konsert tersebut merupakan mempersembahan daripada Jelajah Hotel Holidays in the Sun 2010. Dianggarkan seramai 7,000 pengunjung bakal menghadiri konsert tersebut.

Di Hong Kong, nama beliau tidak asing lagi bagi peminat-peminat J-pop setelah membintang filem Taiyo no Uta pada 2006 lalu dan kini populariti beliau terus meningkat di sana.

Disamping itu, cenderahati juga akan dijual di konsert tersebut bagi mengumpul dana untuk membantu mangsa-manga bencana alam di Jepun.

Sumber Kedua: YUI-Lover

Tambahan:

Poster YUI LIVE 2011 ~Hong Kong HOTEL HOLIDAY IN THE SUN~



Wednesday, 13 April 2011

Yoshiki Ketuai Lelongan Selebriti Dengan Kerjasama YAHOO! Japan



Dengan diketuai oleh Yoshiki, Japan Relief Fundraising Auction (JFRA) merupakan sebuah lelongan selebriti bagi mengumpul dana untuk disalurkan kepada mangsa bencana Tohoku, Jepun. Ini merupakan lelongan seluruh dunia pertama JFRA dengan kerjasama YAHOO! Japan. Lelongan ini juga boleh ikuti dalam bahasa Inggeris, Korea dan Cina.

Antara barang lelongan termasuk barangan yang didermakan oleh bintang-bintang Hollywood seperti Marilyn Manson, Anthony Kiedis, Stan Lee, Rob Pattinson, James Franco, dan Reese Witherspoon. Selain itu juga, Yoshiki sendiri turut akan mendermakan piano grand 'kristal'nya yang berjenama Kawai. Lelongan bagi piano beliau akan mula pada 17 hingga 24 April ini dan lebih banyak barangan-barangan lelogan selebriti akan ditambah setiap minggu.

Yoshiki kini terpaksa menangguhkan aktiviti-aktiviti yang berkaitan karier beliau dan menumpukan sepenuh perhatian terhadap usaha-usaha menyalurkan bantuan. Beliau juga berharap agar dapat mengajak lebih banyak selebriti, orang-orang kenamaan dan media dengan harapan dapat membuat suatu perubahan. Beliau juga turut bekerjasama dengan organisasi lain yang terbabit dalam usaha membangunkan semula negara beliau.

Sumber: Tokyohive

Tuesday, 5 April 2011

Video Terbaru Dari Yoshiki Foundation America!



Berikut adalah video terbaru yang disiarkan di laman web rasmi Yoshiki Foundation Amerika.

Dalam perkembangan lain pula, Marilyn Manson telah mengumumkan bahawa beliau akan berkerjasama di dalam projek terbaru Yoshiki dalam usaha membantu mengumpulkan dana bagi meringankan beban manga gempa bumi di Jepun melalui yayasan milik Yoshiki.

Layari www.yoshikifoundation.org.

Wednesday, 30 March 2011

Preview Lagu Terbaru L'Arc~en~Ciel!



Seperti yang sedia maklum, filem terbaru Fullmetal Alchemist, Fullmetal Alchemist: the Sacred Stars of Milos akan menggunakan lagu terbaru L'Arc~en~Ciel sebagi lagu tema. Namun masih tiada maklumat lengkap buat masa kini.

Dalam perkembangan yang lain pula, laman web rasmi L'Arc~en~Ciel hari ini telah mengumumkan bahawa kesemua hasil keuntungan konsert ulang tahun ke-20 L'Arc~en~Ciel, 20th L’Anniversary Live akan didermakan kepada mangsa gempa bumi di Jepun. Konsert tersebut bakal diadakan di Stadium Ajinomoto Tokyo pada 28 dan 29 Mei ini.

Sunday, 20 March 2011

Mesej Daripada Yoshiki Foundation America!



Kesengsaraan sebilangan penduduk akibat gempa bumi dan tsunami di lautan pasifik, Jepun telah menyebabkan Yoshiki terpanggil untuk membantu menghulurkan bantuan melalui yasasan beliau, Yoshiki Foundation America.
Layari www.yoshikifoundation.org.

Monday, 14 March 2011

Yoshiki Derma Piano Kesayangan Sebagai Bantuan Gempa Bumi Di Jepun!



Ketua kumpulan X Japan, Yoshiki telah mengumumkan bahawa beliau akan melelong 'piano kristal' kesayangannya. Wang hasil lelongan tersebut akan digunakan dalam usaha membantu mangsa bencana alam di Jepun.

Yoshiki yang kini masih berada di Jepun selepas mengadakan pertunjukkan fesyen dan sedang merakamkan lagu dapat merasai gegaran kuat akibat gempa bumi jumaat lalu. Selepas beliau menonton laporan berita, beliau terperanjat dengan kemusnahan berskala besar di kawasan yang terbabit dengan tsunami, maka beliau memutuskan untuk melakukan sesuatu.

Di piano kristal tersebut terdapat ukiran logo nama 'YOSHIKI' dan menurut orang-orang yang sudah lama bersama beliau, piano tersebut merupakan 'sebuah barangan yang tidak ternilai harganya'. Piano tersebut merupakan teman beliau yang selalu bersamanya ketika mengadakan konsert-konsert di seluruh dunia. Maklumat mengenai lelongan tersebut akan diberitahu kemudian.

Selain itu, Yoshiki juga turut menyatakan niat untuk mengutip derma bantuan bencana alam di Jepun melalui yayasan beliau iaitu Yoshiki Foundation America.

Sumber: Tokyohive

Tambahan:
Disebabkan bencana gempa bumi di Jepun, X Japan telah menyatakan penangguhan pengeluaran single pertama mereka bagi pasaran muzik Amerika Syarikat, Jade.