Tuesday, 10 May 2011

L'Arc~en~Ciel - GOOD LUCK MY WAY Radio Rip!


Berikut adalah lagu terbaru daripada L'Arc~en~Ciel, GOOD LUCK MY WAYS yang menjadi lagu tema bagi filem anime Fullmetal Alchemist: the Sacred Stars of Milos.

Monday, 9 May 2011

Single Terbaru L'Arc~en~Ciel - GOOD LUCK MY WAY & 20th L'Anniversary Live!



Setelah lama menunggu, akhirnya L'Arc~en~Ciel telah mengumumkan judul single terbaru mereka, GOOD LUCK MY WAY. Single istimewa sempena ulang tahun ke-20 mereka ini bakal keluar di pasaran pada 29 Jun nanti. Seperti yang sedia maklum, lagu tersebut merupakan lagu tema bagi filem anime Fullmetal Alchemist: the Sacred Stars of Milos.

Seperti yang dijadualkan, L'Arc~en~Ciel bakal membuat konsert khas sempena ulang tahun ke-20 mereka, 20th L'Anniversary Live di Ajinomoto Stadium pada 28 dan 29 Mei ini. Konsert istimewa dua hari ini akan mengimbau kembali lagu-lagu mereka sejak 20 tahun yang lalu. Pada hari pertama, mereka akan menyampaikan lagu-lagu dari album pertama mereka, DUNE sehingga album yang kelima, Heart. Manakala pada hari kedua pula, mereka akan menyampaikan lagu-lagu dari album ray dan ark sehingga lagu album terakhir mereka iaitu KISS.

Sumber Kedua: Tokyohive

Friday, 8 April 2011

Preview Di Sebalik Tabir Video Muzik Terbaru YUI - HELLO!



Sekali lagi YUI tampil dengan video muzik terbaru. Dengan konsep yang hampir sama dengan video muzik sebelum ini, It's My Life, set penggambaran video muzik HELLO pula membawa tema 'fesyen'. Ia sangat bersesuai dengan rentak muzik yang ditampilkan oleh YUI bagi lagu kali ini. Seperti yang sedia maklum, lagu ini merupakan salah satu lagu tema bagi filem yang di nanti-nantikan tahun ini, Paradise Kiss!

Nantikan video muzik terbaru daripada YUI - HELLO!





Gambar: Hisashi Kondo Dokutsubo

Wednesday, 30 March 2011

Preview Lagu Terbaru L'Arc~en~Ciel!



Seperti yang sedia maklum, filem terbaru Fullmetal Alchemist, Fullmetal Alchemist: the Sacred Stars of Milos akan menggunakan lagu terbaru L'Arc~en~Ciel sebagi lagu tema. Namun masih tiada maklumat lengkap buat masa kini.

Dalam perkembangan yang lain pula, laman web rasmi L'Arc~en~Ciel hari ini telah mengumumkan bahawa kesemua hasil keuntungan konsert ulang tahun ke-20 L'Arc~en~Ciel, 20th L’Anniversary Live akan didermakan kepada mangsa gempa bumi di Jepun. Konsert tersebut bakal diadakan di Stadium Ajinomoto Tokyo pada 28 dan 29 Mei ini.

Monday, 28 March 2011

YUI - HELLO ~Paradise Kiss~ + YOU Preview



Di atas adalah trailer Paradise Kiss yang memperdengarkan kedua-dua buah lagu tema filem tersebut. Lagu temanya, HELLO ~Paradise Kiss~ dan YOU merupakan lagu terbaru daripada YUI.

Kredit kepada: LedBootsJB

Sunday, 27 March 2011

L'Arc~en~Ciel Akan Menyanyikan Lagu Tema Bagi Filem Terbaru Fullmetal Alchemist!



Telah didedahkan bahawa band rock L'Arc~en~Ciel akan menyanyikan lagu tema bagi filem terbaru Fullmetal Alchemist tahun ini. Sebelum ini juga beberapa lagu mereka turut digunakan di dalam siri dan filem anime tersebut seperti Ready Steady Go, Link dan Lost Heaven. Masih tiada maklumat lanjut mengenai lagu tersebut setakat ini.

Filem tersebut, Fullmetal Alchemist: the Sacred Stars of Milos akan mula mengegarkan panggung pada 2 Julai ini. Untuk maklumat lanjut, layari hagaren-movie.net.

Trailer:



Sumber: Tokyohive

Monday, 7 March 2011

Dua Lagu Terbaru YUI Akan Digunakan Sebagai Lagu Tema Filem Paradise Kiss!



YUI telah dipertanggungjawabkan untuk menulis lagu tema bagi filem Paradise Kiss yang di bintangi oleh Kitakawa Keiko dan Mukai Osamu.

Dua lagu tersebut berjudul 「HELLO~Paradise Kiss~」 sebagai lagu pembukaan dan 「YOU」 sebagai lagu penutup.

YUI juga merupakan salah seorang peminat kepada manga-ka Ai Yazawa iaitu pelukis komik bagi Paradise Kiss dan NANA. Beliau turut memberi komen, "Melodinya datang ke minda saya dengan begitu mudah. Ia merupakan lagu yang penuh dengan harapan".

Buat masa ini, masih tiada maklumat lengkap mengenai lagu terbaru YUI ini. Apa yang pasti kedua-dua lagu ini merupakan lagu ke-5 dan ke-6 ditulis oleh YUI yang akan digunakan sebagai lagu tema filem.

Lagu ini dijangka akan keluar di pasaran pada 1 Jun ini manakala filem Paradise Kiss pula bakal ditayangkan di pawagam pada 4 Jun nanti.

Sumber: YUI-Lover

Trailer: