Wednesday, 8 December 2010

Single Terbaru YUI - 『Your Heaven』!




Setelah tarikh didedahkan kini tajuknya pula disahkan. Single ke-18 YUI sah diberi tajuk Your Heaven, ia bakal dipasarkan pada 26 Januari awal tahun hadapan. Disamping itu, lirik Your Heaven sudah dipamerkan di lawan web YUI-net.

Lagu ini bakal dipersembahkan buat kali pertamanya di konsert Live in the Dark pada 12 Disember ini. Selain itu, nantikan juga persembahan live YUI di MUSIC STATION SUPERLIVE 2010 yang bakal diadakan pada 24 Disember ini!

Tambahan:
Promo picture?


Saturday, 4 December 2010

Music Station SuperLive 2010!




TV Asahi telah mengumumkan barisan artis yang akan membuat persembahan di live terbesar Music Station bagi tahun 2010 yang bakal berlangsung pada 24 Disember ini.

Berikut ialah 33 orang artis yang akan membuat persembahan:
• aiko
• Arashi
• Ikimono Gakari
• AKB48
• EXILE
• KAT-TUN
• KARA
• Kanjani8
• KinKi Kids
• Kumi Koda
• Kobukuro
• Kazuyoshi Saito
• JUJU
• SNSD
• Superfly
• SMAP
• Tackey & Tsubasa
• TOKIO
• DREAMS COME TRUE
• Kana Nishino
• NEWS
• Ayumi Hamasaki
• Perfume
• FUNKY MONKEY BABYS
• Masaharu Fukuyama
• V6
• Hey! Say! JUMP
• Porno Graffitti
• moumoon
• YUI
• Yusuke
• Yuzu
• L’Arc~en~Ciel


Sumber: TV Asahi

Thursday, 2 December 2010

Rain Duduki Tempat Kedua Di dalam Carta Mingguan Oricon!

Selepas 5 single berturut-turut mendapat tempat pertama di dalam carta Oricon, akhirnya YUI kecundang jua ke tangga kedua carta selepas Tackey and Tsubasa dengan perbezaan kecil jumlah jualan single tersebut. Ini bermakna YUI gagal untuk memecahkan rekod pencapaian cemerlang Utada Hikaru yang merangkul tempat pertama sebanyak 6 kali berturut-turut di dalam carta Oricon!



Walaupun YUI tidak mempromosikan single terbaru ini di radio mahupun TV, ia tetap mengagumkan apabila melihat beliau boleh melangkah jauh walaupun bersaing dengan artis-artis lain yang hebat dari segi permasaran. Bermakna, hanya Utada Hikaru seorang masih satu-satunya penyanyi dan penulis lagu yang berjaya merangkul tempat pertama sebanyak 6 kali berturut-turut di dalam carta Oricon.

Penterjemahan,
Sumber: YUI-Lover

Tuesday, 30 November 2010

Satu Lagi Video YUI Di Sweden Daripada Sony!



YUI telah ke Sweden atas urusan yang berkait rapat dengan projek terbaru Sony iaitu kempen "Play You" bagi mempromosikan model terbaru Sony Walkman.

Friday, 26 November 2010

Single Terbaru YUI Pada Awal Tahun 2011?





Walaupun seperti khabar angin sahaja tetapi berita mengenai single terbaru YUI telah dipastikan! Menurut YUI-lover, single yang masih belum diberi tajuk itu telah pun dipaparkan oleh dua laman web hiburan Korea (Mengapa Korea??) iaitu www.jkm.co.kr dan multi-lemonia.com. Masih tiada berita lanjut mengenai single terbaru ini dari YUI-net sendiri. Namun, ramai yang mengatakan bahawa lagu bagi single terbaru ini merupakan lagu tema YUI bagi kempen Sony, Play You dan akan dipersembahkan di konsert satu malam "Live in the Dark" pada bulan Disember nanti. Apa yang pasti single tersebut bakal muncul di pasaran awal tahun hadapan iaitu pada 26 Januari 2011!

Berita ini sedikit sebanyak telah mengecewakan ramai peminat YUI sendiri apabila DVD konsert bagi YUI 4th Tour 2010 - Hotel Holidays in the Sun berkemungkinan besar tidak akan dihasilkan oleh Sony kerana penghasilan single terbaru beliau.

Sumber: YUI-Lover