Mengejutkan! Single terbaru YUI yang bakal dipasarkan pada awal tahun 2011 merupakan single 'Double A-side'. Ini kerana lagu Your Heaven akan dikeluarkan bersama-sama sebuah lagi lagu lain yang diberi judul It's My Life!
Tempahan awal sudah boleh dibuat di www.cdjapan.co.jp.
Setelah tarikh didedahkan kini tajuknya pula disahkan. Single ke-18 YUI sah diberi tajuk Your Heaven, ia bakal dipasarkan pada 26 Januari awal tahun hadapan. Disamping itu, lirik Your Heaven sudah dipamerkan di lawan web YUI-net.
Lagu ini bakal dipersembahkan buat kali pertamanya di konsert Live in the Dark pada 12 Disember ini. Selain itu, nantikan juga persembahan live YUI di MUSIC STATION SUPERLIVE 2010 yang bakal diadakan pada 24 Disember ini! Tambahan: Promo picture?
TV Asahi telah mengumumkan barisan artis yang akan membuat persembahan di live terbesar Music Station bagi tahun 2010 yang bakal berlangsung pada 24 Disember ini.
Berikut ialah 33 orang artis yang akan membuat persembahan: • aiko • Arashi • Ikimono Gakari • AKB48 • EXILE • KAT-TUN • KARA • Kanjani8 • KinKi Kids • Kumi Koda • Kobukuro • Kazuyoshi Saito • JUJU • SNSD • Superfly • SMAP • Tackey & Tsubasa • TOKIO • DREAMS COME TRUE • Kana Nishino • NEWS • Ayumi Hamasaki • Perfume • FUNKY MONKEY BABYS • Masaharu Fukuyama • V6 • Hey! Say! JUMP • Porno Graffitti • moumoon • YUI • Yusuke • Yuzu • L’Arc~en~Ciel
Selepas 5 single berturut-turut mendapat tempat pertama di dalam carta Oricon, akhirnya YUI kecundang jua ke tangga kedua carta selepas Tackey and Tsubasa dengan perbezaan kecil jumlah jualan single tersebut. Ini bermakna YUI gagal untuk memecahkan rekod pencapaian cemerlang Utada Hikaru yang merangkul tempat pertama sebanyak 6 kali berturut-turut di dalam carta Oricon!
Walaupun YUI tidak mempromosikan single terbaru ini di radio mahupun TV, ia tetap mengagumkan apabila melihat beliau boleh melangkah jauh walaupun bersaing dengan artis-artis lain yang hebat dari segi permasaran. Bermakna, hanya Utada Hikaru seorang masih satu-satunya penyanyi dan penulis lagu yang berjaya merangkul tempat pertama sebanyak 6 kali berturut-turut di dalam carta Oricon.
Izzu ~The Coolest Kaki Download~ merupakan seorang insan yang sangat menyukai pemainan Pro Evolution Soccer 2011 (PES 2011), lebih-lebih lagi bahagian Become a Legend. Beliau juga sangat meminat penyanyi & penulis lirik, YUI; band rock tersohor, L'Arc~en~ciel dan terbaru sekali si tampan Yoshiki & band lagendanya X Japan...