Tuesday, 30 November 2010
Satu Lagi Video YUI Di Sweden Daripada Sony!
YUI telah ke Sweden atas urusan yang berkait rapat dengan projek terbaru Sony iaitu kempen "Play You" bagi mempromosikan model terbaru Sony Walkman.
Friday, 26 November 2010
Single Terbaru YUI Pada Awal Tahun 2011?


Walaupun seperti khabar angin sahaja tetapi berita mengenai single terbaru YUI telah dipastikan! Menurut YUI-lover, single yang masih belum diberi tajuk itu telah pun dipaparkan oleh dua laman web hiburan Korea (Mengapa Korea??) iaitu www.jkm.co.kr dan multi-lemonia.com. Masih tiada berita lanjut mengenai single terbaru ini dari YUI-net sendiri. Namun, ramai yang mengatakan bahawa lagu bagi single terbaru ini merupakan lagu tema YUI bagi kempen Sony, Play You dan akan dipersembahkan di konsert satu malam "Live in the Dark" pada bulan Disember nanti. Apa yang pasti single tersebut bakal muncul di pasaran awal tahun hadapan iaitu pada 26 Januari 2011!
Berita ini sedikit sebanyak telah mengecewakan ramai peminat YUI sendiri apabila DVD konsert bagi YUI 4th Tour 2010 - Hotel Holidays in the Sun berkemungkinan besar tidak akan dihasilkan oleh Sony kerana penghasilan single terbaru beliau.
Sumber: YUI-Lover
Sunday, 21 November 2010
Saturday, 20 November 2010
YUI Di Sweden!
Seperti yang dijangkakan, YUI telah ke Sweden atas urusan yang berkait rapat dengan projek terbaru Sony iaitu kempen "Play You" bagi mempromosikan model terbaru Sony Walkman. Oleh sebab itu, beliau telah diperlawa untuk pergi ke Sweden bagi mencari "good sound".
Melalui inspirasi yang perolehi dari "good sound", YUI bersama-sama dua lagi artis yang lain iaitu Shimizu Shota dan JASMINE akan mencipta satu lagu baru sendiri. Pada 12 Disember akan datang, mereka bertiga akan mempersembahkan lagu masing-masing di konsert satu malam yang dipanggil "Live in the Dark".
Di Sweden, YUI telah ditemani oleh Chris iaitu pemain drum di dalam video muzik to mother sebagai pemandu arah dan penterjemah bagi beliau.
Berikut ialah CM bagi Sony Walkman ~Play You~ berdurasi 150 saat:
Friday, 12 November 2010
YUI - a room Preview
a room merupakan lagu B-side YUI di dalam single Rain yang bakal keluar di pasaran pada 24 November ini.
