Wednesday, 19 January 2011

Yoshiki Muncul Di 'Golden Globe' Bersama-sama Stan Lee!



Ahad lepas, Yoshiki dan pelukis komik lagenda Amerika, Stan Lee telah hadir bersama-sama semasa acara karpet merah 68th Annual Golden Globe Awards yang bertempat di Beverly Hills, California. Sementara itu, beliau dan Stan Lee pada Oktober lalu telah mengumumkan di New York Comic Con 2010 bahawa mereka berdua akan berkolaberasi bagi komik superhero terbaru yang mengisahkan tentang seorang ahli muzik.

Sebelum ini, Yoshiki juga telah pun mengumumkan bahawa kesemua ahli kumpulan X Japan akan berpindah ke Los Angeles tidak lama lagi. Hal ini merupakan salah satu langkah terbesar bagi band lagenda ini membawa aliran muzik mereka ke persada antarabangsa dengan mendapat perhatian media.

Sumber/Terjemahan: Tokyohive

No comments:

Post a Comment