Sunday, 26 September 2010

Lagu Terbaru YUI - 『Rain』 Didedahkan!



Laman web YUI-net semalam telah pun mendedahkan single terbaru YUI di beri tajuk 『Rain』! Menurutnya, proses rakaman single tersebut baru sahaja berakhir walaupun YUI kini masih dalam siri jelajah Jepun untuk promosi album terbarunya, Holidays in the Sun. Single terbaru YUI ini dijangka akan keluar di pasaran hujung tahun ini.

Daripada INFO Tab di YUI-net:

新曲『Rain』完成!! (2010.9.25)
The new song 『Rain』 has been completed!! (2010.9.25)

現在、「YUI 4th Tour 2010 ~HOTEL HOLIDAYS IN THE SUN~」中のYUIですが、新曲が完成しました!!
Although currently YUI is in the middle of 「YUI 4th Tour 2010 ~HOTEL HOLIDAYS IN THE SUN~」, the new song has been completed!

『Rain』というタイトルになります。
It has been given the title 『Rain』

詳細は、決定次第、お伝えさせていただきます。
The further information will be announced later

乞うご期待!!
Please stay tuned!!

お楽しみに
Look forward to it.

Translated by NorthernLight[Zzz]

Sumber: http://www.yui-net.com/information/index.html

Monday, 20 September 2010

Mesej Video Jelajah Amerika Utara X Japan 2010


Mesej video mengenai X Japan's North American Tour oleh Yoshiki.

Selain itu, beliau turut menyatakan di Twitter mengenai laman web terbaru
X Japan yang ditujukan khas untuk para peminat X Japan di negara barat.

Beliau juga telah membuat page rasmi Facebook beliau sendiri dan
band X Japan serta Youtube Channel.

Sumber: http://twitter.com/YoshikiOfficial

Tambahan:
Endless Rain versi Perancis.

Friday, 27 August 2010

Album Pertama X Japan Dalam Masa 14 Tahun!




Album pertama X Japan dalam masa 14 tahun sejak album
terakhir mereka, Dahlia pada tahun 1996 sebelum pembubaran band
tersebut pada tahun 1997. Album bagi pasaran muzik Amerika Syarikat ini
menggandungi lagu-lagu rakaman baru, seperti Without You, Jade
dan Born To Be Free. Selain itu, lagu- lagu lama seperti Tears
dan Endless Rain yang diberi nafas baru dalam versi Bahasa Inggeris
turut terkandung di dalam album tersebut. Album ini bakal keluar di pasaran
pada hujung tahun ini atau awal tahun depan.



Diharapnya album terbaru kugiran rock Jepun yang paling berjaya
dalam sejarah ini dapat menembusi pasaran muzik nombor satu dunia,
Amerika syarikat. Disamping menjadi album pertama Asia yang berjaya
menguasai pasaran jualan album di sana.

Tuesday, 17 August 2010

Konsert Hari Kedua X JAPAN Live in Yokohama

Setelah berjaya mengegarkan Yokohama pada hari pertama konsert,
X japan terus memikat para penonton pada konsert hari kedua.
Menurut Yoshiki, lebih dari 100 000 orang telah membanjiri
stadium pada kedua-dua hari konsert tersebut.


Kehadiran buat kali kedua tetamu istimewa Taiji,
mengimbaukan lagi suasana nostalgia Era X di Nissan Stadium, Yokohama.


Selain itu, pada konsert tersebut Duta Amerika Syarikat ke Jepun,
John V. Roos turut hadir menyaksikan persembahan mereka
secara langsung.




Selepas ini X Japan dijangka akan mengadakan konsert mereka
di dua buah negara Amerika Utara sempena konsert
X JAPAN North American Tour pada bulan September
dan Oktober akan datang.


Antara tempat yang mereka akan membuat persembahan ialah:
• Wiltern Theatre, Los Angeles, USA
• Fox Theatre, Oakland, USA
• Paramount Theatre, Seattle, USA
• Queen Elizabeth Theatre, Vancouver, CANADA
• Riviera, Chicago, USA
• Massey Hall, Toronto, CANADA
• Roseland Ballroom, New York, USA


Gambar-gambar konsert hari kedua:










Sumber Gambar: http://natalie.mu/music/news/36197