Monday, 7 March 2011

Dua Lagu Terbaru YUI Akan Digunakan Sebagai Lagu Tema Filem Paradise Kiss!



YUI telah dipertanggungjawabkan untuk menulis lagu tema bagi filem Paradise Kiss yang di bintangi oleh Kitakawa Keiko dan Mukai Osamu.

Dua lagu tersebut berjudul 「HELLO~Paradise Kiss~」 sebagai lagu pembukaan dan 「YOU」 sebagai lagu penutup.

YUI juga merupakan salah seorang peminat kepada manga-ka Ai Yazawa iaitu pelukis komik bagi Paradise Kiss dan NANA. Beliau turut memberi komen, "Melodinya datang ke minda saya dengan begitu mudah. Ia merupakan lagu yang penuh dengan harapan".

Buat masa ini, masih tiada maklumat lengkap mengenai lagu terbaru YUI ini. Apa yang pasti kedua-dua lagu ini merupakan lagu ke-5 dan ke-6 ditulis oleh YUI yang akan digunakan sebagai lagu tema filem.

Lagu ini dijangka akan keluar di pasaran pada 1 Jun ini manakala filem Paradise Kiss pula bakal ditayangkan di pawagam pada 4 Jun nanti.

Sumber: YUI-Lover

Trailer:



Sunday, 27 February 2011

YUI 4th Tour 2010 ~HOTEL HOLIDAY IN THE SUN~ LIVE DVD EXPRESS [CDTV][2011.02.27]


Untuk qualiti video yang lebih baik HQ/HD sila tonton di Facebook

Di atas merupakan preview pendek DVD Live ke-2 YUI, YUI 4th Tour 2010 ~HOTEL HOLIDAY IN THE SUN~ yang disiarkan oleh program Countdown TV, TBS.

Kredit kepada: YUI-Lover

Wednesday, 23 February 2011

Cover Bagi L'Arc~en~Ciel - TWENITY BOX & FIVE LIVE ARCHIVES 2!


TWENITY BOX


FIVE LIVE ARCHIVES 2

Di atas adalah cover bagi keluaran khas ketiga-tiga album kompilasi TWENITY, TWENITY BOX yang mengandungi 3 album TWENITY tersebut berserta satu DVD footage bonus dan booklet

dan,

Keluaran istimewa DVD Live Box, FIVE LIVE ARCHIVES 2 yang mengandungi 5 DVD Live L'Arc~en~Ciel seperti 1997 REINCARNATION, 1999 GRAND CROSS TOUR, AWAKE TOUR 2005, Are you Ready? 2007 Mata Heart ni Hi wo Tsukero! dan TOUR 2008 L'7 ~Trans Asia via Paris~.

Untuk maklumat lanjut sila klik di sini.

Monday, 14 February 2011

Yoshiki Di 53rd Annual Grammy Awards!



Yoshiki dengan gayaan sut hitam modennya tampak bergaya bersama-sama ratusan artis lain yang hadir ke acara karpet merah majlis anugerah muzik paling berprestij di dunia, 53rd Annual Grammy Awards. Majlis anugerah tersebut telah dilangsungkan di Staples Center, Los Angeles, California.

Sumber: Tokyohive