Sunday, 10 October 2010

Tracklist Bagi Single Terbaru YUI - 『Rain』 Telah Disahkan!

YUI - Rain Tracklist:

CD
1. Rain
2. a room
3. How crazy ~YUI Acoustic Version~
4. Rain ~Instrumental~

DVD
1. Rain ~Music Video~
2. Please Stay With Me ~Music Video~

Senarai lagu ini telah disahkan oleh Amazon.co.jp. a room merupakan lagu B-side bagi single terbaru YUI ini manakala lagu How crazy pula telah dijadikan sebagai lagu akustik, disamping lagu Rain versi Instrumental. Hal ini telah mengecewakan sesetengah peminat YUI apabila lagu How crazy dijadikan sebagai lagu akustik di dalam single ini bukannya lagu to Mother.

DVD pula mengandungi klip video muzik Rain dan Please Stay With Me dari album Holidays in the Sun.

Saturday, 9 October 2010

Di Sebalik Tabir Pembikinan Video Muzik Single Terbaru YUI - 『Rain』 ?

Berikut adalah gambar-gambar di sebalik tabir proses pembikinan klip video muzik single terbaru YUI, Rain yang dipaparkan di Tab Staff Diary, YUI-net. Klip video tersebut jelas kelihatan dalam gambar yang keempat.






Sumber: YUI-net

Tambahan:

Rain Jacket photoshoot?

Thursday, 30 September 2010

X Japan Live At The Fox Theater, Oakland!

Selepas Wiltern Theater di Los Angeles, kini X Japan di Oakland pula dalam siri jelajah terbaru mereka, X Japan North American Tour 2010. Mereka telah berjaya menggegarkan The Theater Fox kemarin sama seperti di Wiltern Theater pada 25 September yang lepas.










Sumber Gambar:
Spinning Platters
SF Weekly
Live105

Tuesday, 28 September 2010

Tarikh Single Terbaru YUI - 『Rain』 Keluar Di Pasaran Telah Disahkan!



Akhirnya semua spekulasi mengenai tarikh single terbaru YUI - Rain keluar di pasaran terjawab. Single YUI ke-17 ini akan keluar di pasaran muzik Jepun pada tanggal 24 November 2010! Ini bermakna ada lebih kurang dua bulan dari sekarang sebelum single ini akan dipasarkan dan YUI ketika itu baru sahaja selesai bagi promosi album keempatnya, Holidays in the Sun iaitu YUI 4th Tour 2010 ~HOTEL HOLIDAYS IN THE SUN~. Single ini sudah boleh dipre-order di CDJapan sekarang!

PRE-ORDER SEKARANG!

YUI - Rain Regular Edition
YUI - Rain Limited Edition


Tambahan:


Lanjutan daripada Lagu Terbaru YUI - 『Rain』 Akan Digunakan Sebagai Lagu Tema Drama Terbaru FujiTV, 'Perfect Report'.

Menurut kepada produser FujiTV, alasan mereka memilih lagu YUI kerana YUI selalu banyak menyerapkan tenaga ke dalam lagu-lagunya.

Sumber: Tokyohive