skip to main |
skip to sidebar
“Next year L’Arc~en~Ciel is approaching its 20th anniversary. We would like to go around the world for the fans who have been waiting for us.”
Betul ke? Kenyataan L'Arc~en~Ciel di lawan web NHK Kouhaku seakan-akan menyatakan bahawa mereka akan mengadakan siri Jelajah Dunia pada tahun 2011! Apa yang pasti, kenyataan ini telah meningkatkan semangat para peminat bagi menyaksikan persembahan L'Arc~en~Ciel secara live di negara masing-masing.
Mengadakan siri Jelajah Dunia bagi L'Arc~en~Ciel adalah berpatutan kerana kebanyakan band sezaman dengannya sudah lama mengadakan siri jelajah tersebut.
Sumber: NHK
Tahun 2011, maka genap 20 tahun usia band L'Arc~en~Ciel. Oleh itu, L'Arc~en~Ciel akan kembali dengan konsert live terbaru bagi menyambut ulang tahun ke-20 mereka.
Konsert tersebut bakal diadakan di Makuhari Messe International Exhibition Hall pada pukul 12.00 tengahmalam tahun baru 2011. Namun, tiket hanya di jual kepada Fanclub Rasmi LE-CIEL sahaja.
Disamping itu, menurut NHK, L'Arc~en~Ciel juga akan menyertai persembahan live tahunan Kouhaku Uta Gassen yang ke-61 dengan menyampaikan lagu "Bless" pada 31 Disember nanti!
L'Arc~en~Ciel juga nyatakan bahawa mereke sedang menjalani proses rakaman!
Sumber/Gambar:-
Barks.jp
NHK
Seperti yang di sangkakan, siri Jelajah Hotel Holidays in the Sun sah untuk dijadikan sebagai DVD Live yang ke-2 YUI selepas YUI First Live DVD: Thank you my teens. Segala usaha yang telah dilakukan oleh para peminat YUI serta produser beliau yang turut mahukan DVD Live ini diterbitkan telah membuahkan hasil.
DVD Live ke-2 YUI dijadual akan dipasarkan pada 9 Mac tahun hadapan. Keluaran pertama akan menggandungi buku bergambar serta sleeve case!
http://www.95music.com/productDoc.jsp?id=88112
Masih tiada maklumat lengkap mengenai perkara ini dari YUI-net sendiri tetapi penemuan yang mengejutkan dari laman blog Oricon telah meletakkan para peminat YUI satu harapan yang besar bagi DVD Live tersebut keluar di pasaran.
Mengikut maklumat daripada sumber-sumber yang lain, DVD Live ke-2 YUI bakal keluar dipasaran pada tanggal 9 Mac 2011! Apa yang boleh dibuat masa kini adalah menunggu pengumuman rasmi dari YUI-net mengenai DVD Live tersebut.
http://blog.oricon.co.jp/collectionmaster/archive/2540/0
Untuk qualiti video yang lebih baik sila tonton di Facebook.
Ini merupakan persembahan live pertama L'Arc~en~Ciel sejak mereka mula berhiatus pada awal tahun ini selepas single "Bless". Dengan menyampaikan lagu "Winter Fall" ('98) dan "Ready Steady Go" ('04) sahaja semalam sudah cukup memukau para peminat yang dahagakan persembahan mereka semula.