Monday, 7 March 2011

Dua Lagu Terbaru YUI Akan Digunakan Sebagai Lagu Tema Filem Paradise Kiss!



YUI telah dipertanggungjawabkan untuk menulis lagu tema bagi filem Paradise Kiss yang di bintangi oleh Kitakawa Keiko dan Mukai Osamu.

Dua lagu tersebut berjudul 「HELLO~Paradise Kiss~」 sebagai lagu pembukaan dan 「YOU」 sebagai lagu penutup.

YUI juga merupakan salah seorang peminat kepada manga-ka Ai Yazawa iaitu pelukis komik bagi Paradise Kiss dan NANA. Beliau turut memberi komen, "Melodinya datang ke minda saya dengan begitu mudah. Ia merupakan lagu yang penuh dengan harapan".

Buat masa ini, masih tiada maklumat lengkap mengenai lagu terbaru YUI ini. Apa yang pasti kedua-dua lagu ini merupakan lagu ke-5 dan ke-6 ditulis oleh YUI yang akan digunakan sebagai lagu tema filem.

Lagu ini dijangka akan keluar di pasaran pada 1 Jun ini manakala filem Paradise Kiss pula bakal ditayangkan di pawagam pada 4 Jun nanti.

Sumber: YUI-Lover

Trailer:



2 comments:

Aliya said...

adakah lagu YUI kali ini ala-ala lagu Lonely in gorgeous oleh Tommy February 6 ? Hmm....excited nih !

Izzu_Knightroadz said...

hmmm... tu tak pasti la... tp jangan dia buat lagu yg tak dijangka lagi sudah la... mintak2 lagu kali ni meletup la...

Post a Comment