
Ketua kumpulan X Japan, Yoshiki telah mengumumkan bahawa beliau akan melelong 'piano kristal' kesayangannya. Wang hasil lelongan tersebut akan digunakan dalam usaha membantu mangsa bencana alam di Jepun.
Yoshiki yang kini masih berada di Jepun selepas mengadakan pertunjukkan fesyen dan sedang merakamkan lagu dapat merasai gegaran kuat akibat gempa bumi jumaat lalu. Selepas beliau menonton laporan berita, beliau terperanjat dengan kemusnahan berskala besar di kawasan yang terbabit dengan tsunami, maka beliau memutuskan untuk melakukan sesuatu.
Di piano kristal tersebut terdapat ukiran logo nama 'YOSHIKI' dan menurut orang-orang yang sudah lama bersama beliau, piano tersebut merupakan 'sebuah barangan yang tidak ternilai harganya'. Piano tersebut merupakan teman beliau yang selalu bersamanya ketika mengadakan konsert-konsert di seluruh dunia. Maklumat mengenai lelongan tersebut akan diberitahu kemudian.
Selain itu, Yoshiki juga turut menyatakan niat untuk mengutip derma bantuan bencana alam di Jepun melalui yayasan beliau iaitu Yoshiki Foundation America.
Sumber: Tokyohive
Tambahan:
Disebabkan bencana gempa bumi di Jepun, X Japan telah menyatakan penangguhan pengeluaran single pertama mereka bagi pasaran muzik Amerika Syarikat, Jade.
2 comments:
W.H.O.A !
whoa ko ckap? sedih doe...
Post a Comment