Friday, 15 April 2011

X JAPAN WORLD TOUR 2011!



X Japan kini dengan rasminya telah mengumumkan lokasi serta tarikh terbaru konsert jelajah dunia 2011 mereka yang bakal diadakan pada musim panas ini! Kali terakhir X Japan mengadakan konsert jelajah dunia ialah pada pertengahan tahun lepas di Yokohama, Jepun. Kali ini X japan akan membuat persembahan julung kali di United Kingdom, Perancis dan Jerman.

Nantikan kemunculan X Japan di:

28 Jun - Islington O2 Academy, London, United Kingdom
1 Julai - Zenith, Paris, France
4 Julai - Huxleys, Berlin, Germany
13 Ogos - Summer Sonic Festival, Osaka, Japan
14 Ogos - Summer Sonic Festival, Tokyo, Japan

Maklumat selanjutnya bakal menyusul...

Sumber: xjapanmusic

Wednesday, 13 April 2011

Yoshiki Ketuai Lelongan Selebriti Dengan Kerjasama YAHOO! Japan



Dengan diketuai oleh Yoshiki, Japan Relief Fundraising Auction (JFRA) merupakan sebuah lelongan selebriti bagi mengumpul dana untuk disalurkan kepada mangsa bencana Tohoku, Jepun. Ini merupakan lelongan seluruh dunia pertama JFRA dengan kerjasama YAHOO! Japan. Lelongan ini juga boleh ikuti dalam bahasa Inggeris, Korea dan Cina.

Antara barang lelongan termasuk barangan yang didermakan oleh bintang-bintang Hollywood seperti Marilyn Manson, Anthony Kiedis, Stan Lee, Rob Pattinson, James Franco, dan Reese Witherspoon. Selain itu juga, Yoshiki sendiri turut akan mendermakan piano grand 'kristal'nya yang berjenama Kawai. Lelongan bagi piano beliau akan mula pada 17 hingga 24 April ini dan lebih banyak barangan-barangan lelogan selebriti akan ditambah setiap minggu.

Yoshiki kini terpaksa menangguhkan aktiviti-aktiviti yang berkaitan karier beliau dan menumpukan sepenuh perhatian terhadap usaha-usaha menyalurkan bantuan. Beliau juga berharap agar dapat mengajak lebih banyak selebriti, orang-orang kenamaan dan media dengan harapan dapat membuat suatu perubahan. Beliau juga turut bekerjasama dengan organisasi lain yang terbabit dalam usaha membangunkan semula negara beliau.

Sumber: Tokyohive

Friday, 8 April 2011

Preview Di Sebalik Tabir Video Muzik Terbaru YUI - HELLO!



Sekali lagi YUI tampil dengan video muzik terbaru. Dengan konsep yang hampir sama dengan video muzik sebelum ini, It's My Life, set penggambaran video muzik HELLO pula membawa tema 'fesyen'. Ia sangat bersesuai dengan rentak muzik yang ditampilkan oleh YUI bagi lagu kali ini. Seperti yang sedia maklum, lagu ini merupakan salah satu lagu tema bagi filem yang di nanti-nantikan tahun ini, Paradise Kiss!

Nantikan video muzik terbaru daripada YUI - HELLO!





Gambar: Hisashi Kondo Dokutsubo

Thursday, 7 April 2011

Penampilan Pertama X Japan Di Summer Sonic 2011!



Ini merupakan penampilan pertama X Japan di konsert Summer Sonic 2011. Konsert tersebut akan diadakan di Tokyo dan Osaka pada 13 dan 14 Ogos nanti. Konsert ini juga bakal menampilkan band-band termasyhur seluruh dunia bagi membuat persembahan.

Antara band yang bakal membuat persembahan:



Nantikan persembahan mereka!

Tuesday, 5 April 2011

Video Terbaru Dari Yoshiki Foundation America!



Berikut adalah video terbaru yang disiarkan di laman web rasmi Yoshiki Foundation Amerika.

Dalam perkembangan lain pula, Marilyn Manson telah mengumumkan bahawa beliau akan berkerjasama di dalam projek terbaru Yoshiki dalam usaha membantu mengumpulkan dana bagi meringankan beban manga gempa bumi di Jepun melalui yayasan milik Yoshiki.

Layari www.yoshikifoundation.org.